Skandal Rasuah Prolintas Bernilai 1.6 Bilion, Apa Status Kes?

Terkini – Perkembangan Skandal Rasuah PROLINTAS

BAHAGIAN 2

Pendakwaan

Rostam Shahrif Tami bersama peguam yang mewakilinya Tan Sri Dzulkifli Ahmad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada 27 Januari 2025 – Ketua Pegawai Operasi (COO) Prolintas, Rostam Shahrif Tami, 59, didakwa di Mahkmah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RRM70,000 daripada syarikat pembinaan pembinaan berhubung projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), pada 12 April 2023.

Rostam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Pertuduhan

Mengikut pertuduhan dia didakwa secara rasuah menerima satu suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM70,000 daripada Syarikat Satunas Technologies Sdn Bhd melalui Mohd Rosman Alias sebagai upah bagi dirinya yang mewakili Pegawai Penguasa bagi Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Suke.

Ia sebagai dorongan untuk memberikan kerja No 3 bertajuk ‘To Construct End Cap Stressing And Shear Block’ dan ‘To Install Expension Joint Including Hacking, Grouting And Nosing’ kepada syarikat itu bagi pakej CA3 (CH4200 to CH7800).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan tempat letak kereta sebuah masjid di Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, di sini, pada 12 April 2023.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin tempatan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Shah Alam.

Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 27 Februari ini.

28 Januari 2025 – COO Prolintas, Rostam Shahrif Tami, sekali lagi dituduh di atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak yang berkaitan dengan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). Dia bagiamanapun mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan

Pertuduhan pertama, Rostam didakwa menerima wang tunai RM90,000 di sebuah restoran di Puchong pada 20 Feb 2023 sebagai dorongan untuk menganugerahkan kontrak SUKE kepada Satunas Technologies Sdn Bhd.

Pertuduhan kedua, Rostam didakwa menerima wang tunai RM20,000 di tempat letak kereta ibu pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia di Kajang pada 27 Mac 2023 bagi memudahkan penganugerahan satu lagi kontrak SUKE kepada syarikat yang sama.

Rostam didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama pertuduhan rasuah lain yang dihadapinya.

BAHAGIAN 1 

Pendedahan Kes:

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengendalikan beberapa lebuh raya di Lembah Klang termasuk Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Bertingkat Kajang (SILK), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Pada 25 Jun 2024, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya (Prolintas) kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

Dua projek pembinaan itu membabitkan kontrak konsesi Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang-SUKE hanya RM 1.053 billion dan SUKE Tol Plaza RM 79.8 juta. Jumlah yang didedah SPRM ialah RM1.6 bilion. RM670 juta lagi dikatakan ‘markup’ dari kenaikan harga barang dan tergendala ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika mengambil kira isu aduan rasuah Lebuhraya Bertingkat Damansara-shah Alam (DASH) kosnya sekitar RM4.2 bilion.

Siapa Bertanggungjawab?:

Dato’ Mohammad Azlan Abdullah selaku CEO Prolintas bertanggungjawab mengetuai pembinaan Konsesi Lebuhraya DASH dan SUKE.

Mohammad Azlan dikatakan melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa membatalkan kontrak antara Prolintas dan syarikat bumiputera berhubung projek konsesi lebuhraya DASH dan SUKE bagi memberi peluang kepada syarikat kroni mengambil alih projek walaupun baki kerja konsesi itu hanya tinggal 10% dengan nilai lebih RM180 juta!

Mohamad Azlan dikatakan telah menyingkirkan kontraktor bumiputera bagi projek penswastaan Dash iaitu Panzana Enterprise Sdn Bhd meskipun telah menyiapkan projek 90%.

Selain faktor PKP beliau dikatakan tidak meluluskan bayaran kerja-kerja tiga bulan ke atas dan kerja-kerja tambahan (VO) bernilai RM100 juta menyebabkan kontraktor dan subkontraktor mengalami masalah kewangan teruk.

Sementara itu bagi projek SUKE dan SUKE Tol Plaza (RM79,850 milion) pula, dikendalikan oleh Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd (SMPP).

Dari mana kos RM1.6 bilion ini? RM670 juta dikatakan hasil dari ‘mark up’ kontraktor faktor kenaikan kos harga barang dan membayar rasuah kepada Dato’ Mohamad Azlan dan pegawai-pegawainya.

Syarikat SMPP yang mengalami nasib yang sama dikatakan telah membuat aduan kepada SPRM. 

Ringkasan Butiran Kes:

Projek
– Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam DASH 
– Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang SUKE 
Nilai Projek– RM1.6 bilion
Tahun Konsesi Bermula– 2014
Jumlah Terlibat Dalam Rasuah– Kes di peringkat siasatan undang-undang 
Syarikat Konsesi– Prolintas (Pemilik Projek) 
Syarikat Pelaksana (Lapor Rasuah) – Panzana Enterprise Sdn BhdSyarikat Muhibah – Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd 
Syarikat/Kontraktor Baharu (Didakwa Terbabit Rasuah)– Cantilever Bumi Sdn Bhd – Bridge works & Sebahagian Jalan Sg Buloh
– Sinar Widuri Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section A
– Suhati Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section B
Status Keputusan– Siasatan undang-undang sedang berjalan

Senarai Tahanan Reman SPRM Konsesi Lebuhraya Bertingkat DASH Dan Suke RM1.6 Bilion:

1. Dato’ Mohamad Azlan Abdullah – Group CEO Prolintas & Lembaga Pengarah Prolintas Infra BT
2.Malik Parvez bin Nazir Ahmad – CEO Prolintas Infra BT (Bekas COO – Commercial/Finance
3.SR Azury Binti Kamaruddin – General Manager – Contract Management
4. Azmi bin Massod – Pengarah Cantilever Bumi Sdn Bhd 
5. Malcom Christie David – Pengarah Cantilever Bumi Sdn Bhd
6. Tan Boon Aik 
7. MD Parizal Jamlan 
8. Mustazaruddin Abu Bakar 

Asas kes rasuah pemilik konsesi Prolintas-Turnpike Sinergy Sdn Bhd milik PNB:

Dua syarikat Projek konsesi melaporkan kes rasuah iaitu;

  1. Projek Penswastaan Lebuhraya bertingkat Damansara- Shah Alam Package DASH CA4– Contruction and Completion of Mainlane and other associated works form CH.4983 to CH 9307 – Panzana Enterprise Sdn Bhd
  1. Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang Package SUKE CA3 – Construction and Completion of Mainline And Other Associated  Works From CH. 4200 to CH.7800 (RM 1.053 billion) dan SUKE Tol Plaza (RM 79,850.00 million) telah membuat aduan  rasuah. – Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd

Siapa Cantilever Bumi Sdn Bhd?:

Senarai nama Pengarah syarikat yang ditahan reman (rujuk di ruangan kolum di atas) ialah Azmi bin Massod dan Malcom Christie David. Keduanya merupakan Pengarah dan pemegang saham syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd syarikat yang dikaitkan dengan konsesi Lebuhraya bertingkat Damansara- Shah Alam Package DASH CA4.

Sebelum ini CEO Prolintas, Dato Mohammad Azlan Abdullah telah melantik tiga kontraktor baru untuk menyiapkan projek baki kos RM 180 juta. Tiga syarikat baru itu diketuai Azmi Massod ini yang didakwa menaikkan lagi kepada RM280 juta.

Tiga syarikat itu ialah;

1. Cantilever Bumi Sdn Bhd – Bridge works & Sebahagian Jalan Sg Buloh

2. Sinar Widuri Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section A

3. Suhati Sdn Bhd- Mainline ( Jln Sg Buloh ) – Section B

Kronologi:

SPRM – Tangkapan

24 Jun 2024 – SPRM menahan lapan individu disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya bernilai RM1.6 bilion.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaha mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

SPRM – Reman

25 Jun 2025 – SPRM menahan reman lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya (Prolintas) dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

CEO bergelar Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun 2024.

Ketiga-tiga mereka dari pemegang konsesi lebuh raya ini disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik syarikat [lain] sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak untuk mengambil alih kerja pembinaan yang sebelum ini diberikan kepada syarikat lain bernilai lebih RM1 bilion.

Selain itu, mereka turut dipercayai meminta dan menerima rasuah berkaitan pembinaan bahagian lain projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM670 juta.

Manakala, lima lagi individu – dari syarikat berbeza – direman selama tiga hari sehingga 27 Jun 2024.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 25 Jun 2025.

26 Jun 2024 – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengesahkan penahanan beberapa kakitangannya oleh SPRM bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

28 Jun 2024 – SPRM memperoleh lanjutan reman terhadap CEO Prolintas iaitu dari 29 Jun hingga 2 Julai.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi pada 28 Jun 2024.

SPRM mendakwa lanjutan tahanan reman itu perlu supaya saksi berpotensi dalam kes itu tidak diganggu.

28 Jun 2024 – Peguam mewakili CEO iaitu Farhan Read menulis surat kepada SPRM untuk mendapatkan penjelasan mengapa anak guam mereka dihadapkan ke mahkamah awal minggu ini tanpa notis awal.

2 Julai 2024 – SPRM membebaskan tiga kakitangan Prolintas yang ditahan reman selama lapan hari bermula 25 Jun hingga 2 Julai.

2 Julai 2024 – SPRM menahan reman dua subkontraktor — seorang pengerusi dan seorang lagi pengarah syarikat subkontraktor (Cantilever Bumi Sdn Bhd)  — berhubung dakwaan rasuah salah satu kontrak lebuh raya, bernilai RM1 bilion.

Pengerusi syarikat bergelar Datuk sehingga 6 Julai. Manakala Pengarah syarikat sama turut direman sehingga 4 Julai.

Kedua-duanya disyaki memberi rasuah sehingga RM200,000 kepada pegawai badan berkanun sebagai pertukaran menerima kerja projek pembinaan lebuh raya yang dilakukan oleh syarikat lain sebelum ini. Mereka juga disyaki memberi rasuah kepada pemegang konsesi lebuh raya untuk tujuan yang sama.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

15 Julai 2024 – SPRM menaharan reman Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat Prolintas Ir Rostam Tami direman empat bermula 15 Julai hingga 19 Julai kerana disyaki menerima rasuah lebih RM300,000 membabitkan pembinaan projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM6 bilion.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret semalam.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit yang di diketuai KPKPj Yuhafiz Mohd Salleh (timbalan pengarah bahagian siasatan- Sektor Awam) bersama Ketua Cawangan C PPj Mohd Shukri Mohd Said.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Status Kes:

Siasatan undang-undang sedang berjalan 

Coelho

Related Posts

Skandal 1BestariNet, Syarikat Konglomerat YTL Bebas Tuduhan Salah Laku

1BestariNet 1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi melalui…

Kronologi Skandal Rasuah Spanco

BAHAGIAN 1 Selama beberapa dekad, syarikat pengurusan armada kenderaan Spanco Sdn Bhd memegang kontrak lumayan untuk menjadi pembekal eksklusif kenderaan untuk kerajaan persekutuan. Spanco Sdn Bhd (Spanco) ditubuhkan pada tahun…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia Antara Yang Terbaik – PM

  • February 10, 2025
Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia Antara Yang Terbaik – PM

PM arah batal serta-merta lesen peniaga jual tapak bazar ramadan kepada pihak ketiga

  • February 10, 2025
PM arah batal serta-merta lesen peniaga jual tapak bazar ramadan kepada pihak ketiga

Pengasas 99 Speedmart kini individu ketujuh paling kaya di Malaysia 

  • February 7, 2025
Pengasas 99 Speedmart kini individu ketujuh paling kaya di Malaysia 

Starbucks, kesatuan pekerja tarik balik saman ke atas satu sama lain

  • February 3, 2025
Starbucks, kesatuan pekerja tarik balik saman ke atas satu sama lain

Key Alliance lantik Farhash Salvador sebagai Pengerusi baharu

  • January 30, 2025
Key Alliance lantik Farhash Salvador sebagai Pengerusi baharu

Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud

  • January 28, 2025
Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud