Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.38 mata kepada 1,566.34 daripada 1,566.72 pada Jumaat lalu.

Indeks petunjuk pasaran memulakan dagangan dengan meningkat 1.42 mata kepada 1,692.11.

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 187 berbanding 154 manakala 305 kaunter tidak berubah, 1,731 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 240 juta saham bernilai RM130.9 juta.

Menurut Malacca Securities Bhd, Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat, dengan kesemua tiga indeks utama mencatatkan kenaikan mingguan pertama bagi 2025 menjelang majlis pelantikan Trump.

“Semua perhatian akan tertumpu kepada ucapan rasmi Presiden Trump lewat hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan.

Katanya, jangkaan perang perdagangan AS-China yang meningkat boleh memberi manfaat kepada sektor teknologi.

“Selain itu, pembangunan di peringkat negeri seperti LRT Pulau Pinang, peranan Sarawak sebagai hab tenaga serantau dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka memacu sektor pembinaan dan hartanah dalam jangka masa terdekat hingga sederhana,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM10.14, Public Bank merosot tiga sen kepada RM4.41, IHH Healthcare berkurangan dua sen kepada RM7.13 manakala CIMB menambah dua sen kepada RM8.00 dan Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM13.66.

Bagi saham aktif, Ingenieur dan Velesto, masing-masing menambah setengah sen kepada 5.5 sen dan 19 sen, TWL Holdings kekal mendatar pada 2.5 sen manakala CBH Engineering dan SNS Network, masing-masing merosot 1.5 sen kepada 31 sen dan 50 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 3.62 mata kepada 12,005.21 manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 1.89 mata kepada 11,867.56. Indeks FBMT 100 berkurangan 4.01 mata kepada 11,691.96.

Indeks FBM 70 merosot 10.58 mata kepada 17,935.30 dan Indeks FBM ACE susut 17.60 mata kepada 5,158.66.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 2.56 mata kepada 843.11 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 23.60 mata kepada 18,785.27. Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.51 mata kepada 167.16 dan Indeks Perladangan meningkat 3.58 mata kepada 7,340.02. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Malacca Securities Nilai Saksama ENEST Pada RM0.16, Potensi Kenaikan 23.1% Berbanding Harga IPO

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Malacca Securities Research menetapkan nilai saksama RM0.16 sesaham bagi bakal syarikat tersenarai Pasaran ACE, Enest Group Berhad (ENEST), mewakili potensi kenaikan 23.1% berbanding harga Tawaran…

HELIOS SOLAR AG Lancar IPO bernilai sehingga EUR30.4 Juta, perkukuh peluasan Asia dan Eropah

MUNICH, — HELIOS SOLAR AG secara rasmi melancarkan tempoh langganan bagi Tawaran Awam Permulaan (IPO), menawarkan peluang kepada pelabur untuk melanggan saham syarikat pada harga tetap EUR4.00 sesaham menjelang penyenaraiannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras