Pengerusi Eksekutif Able Global, Ng Keng Hoe direman SPRM

  • News
  • February 14, 2025

KUALA LUMPUR: Able Global Bhd mengumumkan bahawa Pengarah Eksekutif dan Pengerusi Eksekutifnya, Ng Keng Hoe direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengeluar tenusu dan pembuat tin itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam menjelaskan bahawa siasatan yang dijalankan adalah berkaitan dengan syarikat persendirian Keng Hoe dan tidak mempunyai hubung kait dengan Able Global atau syarikat-syarikat kumpulan itu pada masa ini.

Bagaimanapun, sebagai langkah sementara, lembaga pengarah dan pengurusan kanan utama syarikat secara kolektif akan mengambil alih fungsi pentadbiran dan eksekutif Keng Hoe yang digantung untuk memastikan tadbir urus yang berkesan dan kesinambungan dalam kepimpinan.

“Selain itu, sebuah jawatankuasa pengurusan sementara yang terdiri daripada pengurusan kanan utama dan wakil lembaga pengarah telah ditubuhkan untuk menyelia fungsi eksekutif Keng Hoe dan menyokong operasi syarikat secara berterusan,” katanya.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028