Deleum peroleh kontrak perkhidmatan penyelenggaraan telaga daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR: Deleum Bhd menerusi Deleum Oilfield Services Sdn Bhd menerima kontrak menyediakan perkhidmatan dan peralatan penyelenggaraan telaga (slickline) untuk Pakej A1 selama lima tahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Kumpulan itu menerusi makluman di Bursa Malaysia memaklumkan, kontrak itu merangkumi penyediaan tenaga kerja, alatan, peralatan, bahan, bahan habis pakai, dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

“Kontrak itu adalah bagi tempoh lima tahun bermula 16 April 2025,” katanya.

Deleum berkata, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh projek selain ia tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan/atau struktur pegangan saham syarikat.

Ia juga dijangka dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman luar.

“Risiko berkaitan dengan kontrak tidak terhad kepada risiko keselamatan pekerjaan dan risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga mahir, perubahan dalam kos tenaga kerja dan faktor material seperti perubahan dalam keadaan politik, ekonomi serta peraturan,” katanya.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026

Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

  • August 7, 2026
Gaji RM3,000 Ke Bawah Tak Perlu Setem Kontrak Kerja, HASiL Perjelas Peraturan

SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

  • August 5, 2026
SCIB Raih Subkontrak RM24.59 Juta Bina Semula Sekolah Usang di Tambunan

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

  • August 4, 2026
LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia