Cahya Mata Sarawak Bhd berdepan tuntutan saman oleh Mahmud Abu Bekir tuntut periksa akaun syarikat

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib memfailkan saman terhadap CMS menuntut pemeriksaan ke atas akaun syarikat dan lima anak syarikatnya.

CMS dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Mahmud memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuching.

“Disebabkan notis yang singkat, syarikat meminta pemeriksaan akaun dilakukan pada masa lain.

“Namun, Mahmud tidak menunggu keputusan lembaga pengarah tentang masa dan lokasi pemeriksaan, sebaliknya memilih untuk memfailkan saman ini,” katanya.

Dalam saman tersebut, Mahmud menuntut pemeriksaan akaun melibatkan CMS dan lima anak syarikatnya iaitu Cahya Mata Phosphates Industries Sdn Bhd, Cahya Mata Cement Sdn Bhd, Oiltools International Sdn Bhd, Cahya Mata Oiltools Sdn Bhd dan Cahya Mata Professionals Sdn Bhd.

Mahmud dalam permohonan itu berkata beliau tidak akan mendedahkan maklumat yang diperoleh daripada pemeriksaan tersebut.

CMS berkata, kumpulan sedang berunding dengan penasihat undang-undangnya dan akan memberi respons terhadap saman berkenaan untuk melindungi kepentingannya.

Kumpulan itu menambah, saman tersebut dijangka tidak memberi kesan kewangan atau operasi yang besar kepada kumpulan.

Coelho

Related Posts

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025 – Kemunculan Irelia Management Sdn Bhd sebagai pemegang saham utama baharu Parkson Holdings Bhd telah mencetuskan lonjakan ketara dalam harga saham syarikat peruncitan itu, namun…

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2025 – Pengarah Sapura Holdings Sdn Bhd, Shahriman Shamsuddin hari ini mengakui di Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengambil sebarang tindakan bagi melaksanakan haknya dalam isu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit