U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

KUALA LUMPUR: Penyedia rangkaian 5G generasi hadapan Malaysia, U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat infrastruktur telekomunikasi bebas utama yang berpangkalan di ASEAN, EdgePoint Infrastructure Sdn Bhd untuk mempercepat pelancaran 5G yang akan datang oleh U Mobile di seluruh negara.

Dalam kenyataan bersama hari ini, katanya kerjasama terbaharu ini akan menyaksikan EdgePoint akan menjadi antara rakan kongsi infrastruktur liputan dalam bangunan (IBC) 5G pilihan U Mobile.

“Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama rapat mengenai penggunaan 5G IBC serta menumpukan kepada pembangunan dan penggunaan penyelesaian yang paling sesuai yang disesuaikan untuk setiap tapak, meningkatkan prestasi rangkaian dan pengalaman pengguna.

“Selain itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk melaksanakan pelancaran yang berkesan dari segi kos dan pantas,” katanya.

U Mobile berkata, kerjasama ini bertujuan mempercepat pelancaran teknologi 5G, memastikan kesalinghubungan dan liputan yang lancar merentas lokasi utama dan pada masa sama menyelesaikan keperluan pengguna dan perniagaan yang semakin berkembang.

Kerjasama ini juga akan membabitkan penawaran penyelesaian untuk meningkatkan kesalinghubungan, menghasilkan kelajuan data yang lebih pantas, kependaman ultra rendah dan pengintegrasian yang lancar bagi teknologi dan aplikasi termaju seperti kecerdasan buatan (AI) , bandar pintar dan sistem autonomi.

Selain itu, kedua-dua syarikat akan mengenal pasti peluang untuk pengembangan dan inovasi masa depan dalam penyelesaian 5G IBC. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras