
Pendedahan Kes:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.
Pada 29 Oktober 2024 media melaporkan beberapa siri bongkaran dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.
Projek di bawah kementerian ini berjumlah RM1.8 bilion dianugerahkan kepada pertubuhan terbabit bagi tempoh 30 bulan bermula 2021 hingga 2023.
Pertubuhan terbabit dipertanggungjawab untuk menghasilkan baja padi dan mengedarkannya kepada pesawah di seluruh negara melalui pejabat pertubuhan di peringkat negeri masing-masing.
Hasil siasatan mendapati pertubuhan ini sudah menggunakan dua kaedah untuk memenuhi kontrak kerajaan iaitu membeli terus baja padi daripada lima syarikat pengeluar dan membeli bahan mentah bagi memproses baja daripada empat syarikat.
Susulan itu, SPRM telah melengkapkan kertas siasatan dan telah menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 13 Disember 2024 dengan syor dua pertuduhan terhadap seorang bekas Pengurus Besar Nafas.
Kronologi:
3 Mac 2023: Nafas mohon kerajaan naikkan harga melalui Variation of Price (VOP) untuk kontrak baja dan input pertanian, atas alasan kos bekalan seperti baja dan racun meningkat (akibat Covid-19 dan perang Ukraine).
Permohonan ini dipersetujui oleh Kerajaan Madani secara prinsip dengan syarat tertentu untuk pastikan bekalan kepada petani tidak terjejas.
16 Mac 2023: Nafas menerima kelulusan dasar VOP dengan nilai RM1.26 bilion ‘bersyarat’.
22 Mei 2023: Nafas diwarta sebagai Badan Awam mengikut Akta SPRM. Maksudnya SPRM boleh mula menyiasat selepas 51 tahun Nafas ditubuhkan.
7 Februari 2024: Kerajaan Madani keluarkan perintah khas untuk pemantapan tatakelola Nafas. Kuasa Anggota Jemaah Pengarah (AJP) ditangguh kecuali untuk kontrak kerajaan dan urusan perniagaan teras.
Februari 2024: Nafas diarah baiki tatakelola dengan menetapkan peraturan ketat untuk kekerapan mesyuarat yang banyak tu, pengurusan syarikat subsidiari, pembentukan jawatankuasa baharu yang juga banyak, dan kawalan ke atas urusan perniagaan serta fungsi pengarah.
4 September 2024: Kerajaan Madani setuju pembiayaan tuntutan kos baja melalui VOP dengan perkongsian 50:50 antara kerajaan dan Nafas, dengan kerajaan menanggung RM414 juta daripada jumlah tuntutan RM830 juta.
22 Oktober 2024: AJP gantung tugas pengurus besar (GM) Muhammad Faris Arriffin atas dakwaan kesalahan tata kelola yang melibatkan salah guna kewangan pertubuhan itu.
23 Oktober 2024: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) tolak keputusan AJP untuk gantung GM kerana melanggar prosedur kerana sebarang aduan atau tindakan terhadap GM perlu dirujuk dan diputuskan oleh LPP dan melalui prosesnya terlebih dahulu.
SPRM Mula Siasatan
29 Oktober 2024: SPRM mula siasat kartel projek baja bernilai RM1.8 bilion.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sahkan pihaknya memulakan siasatan dan pembongkaran berhubung penyelewengan dan ketirisan projek pembekalan baja padi sebuah pertubuhan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
30 Oktober 2024: KPKM mengeluarkan kenyataan sedia memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan ke atas Nafas.
31 Oktober 2024: SPRM menahan reman dua lagi individu termasuk pengerusi syarikat warga asing yang dipercayai ditawarkan projek pembelian baja padi oleh sebuah pertubuhan pertanian.
Perintah reman selama lima hari dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sain terhadap kedua-dua suspek.
Kedua-dua suspek lelaki yang berusia kira-kira 40-an hingga 50-an ditahan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM.
Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(a) Akta SPRM 2009
Seramai tiga individu telah ditahan termasuk seorang eksekutif pemasaran syarikat yang direman.
Perlembagaan Nafas Digantung
1 November 2024: Pendaftar Pertubuhan Peladang menggantung Nafas berkuat kuasa serta-merta.
Arahan penggantungan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir Matamin selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).
3 November 2024: Kemuncaknya, dua bekas pengurus besar Nafas ditahan SPRM susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.
Kedua-dua suspek berumur 50 hingga 60-an itu ditahan kira-kira jam 8.30 malam ketika hadir di Ibu Pejabat untuk dirakam keterangan.
Syarikat asing tersebut dikatakan tidak pernah menerima sebarang kerja daripada Nafas sebelum ini.
Pendakwaan
28 Januari 2025: Bekas pegawai Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Nordin Ibrohim, 77, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah AS$300,000 daripada syarikat pembekal baja Singapura, tiga tahun lepas.
Nordin mengaku tidak bersalah.
Mengikut pertuduhan, Nordin didakwa menerima suapan iaitu wang berjumlah AS$300,000 daripada Kim Jong Kwa yang merupakan Pengarah Syarikat Sung Chang Asia Pte. Ltd., dengan memindah wang daripada akaun bank milik syarikat tersebut ke akaun bank milik tertuduh sebagai upah membantu syarikat itu dilantik sebagai pembekal baja kepada pesawah oleh Nafas.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Plaza Mont Kiara di sini antara 16 November dan 21 Disember 2022, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Status Kes:
Perbicaraan kes sedang berjalan.