Sekutu Jho Low disahkan meninggal dunia akibat strok

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang dibawa pulang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Mei lalu bagi siasatan lanjut berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), disahkan meninggal dunia, kelmarin.

Firma guaman Valen, Oh & Partners dalam kenyataannya hari ini berkata, bekas pembantu yang juga sekutu rapat Jho Low, Kee Kok Thiam disahkan meninggal dunia akibat strok.

“Kami menggesa semua pihak tidak melayan sebarang spekulasi berhubung peristiwa malang ini dan memberi ruang kepada keluarganya untuk bersedia atas pemergiannya,” kata Valen, Oh & Partners dalam kenyataan hari ini.

Mendiang dikebumikan di tanah perkuburan cina Jinjang Selatan, jam 10 pagi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Kok Thiam yang memaklumkan lokasi Jho Low di Macau kepada pihak berkuasa Malaysia, meninggal dunia akibat sakit mengejut.

Ia susulan tular satu pemberitahuan memaklumkan mengenai kematian Kok Thiam, 56

Sebelum ini, media melaporkan, Kok Thiam dan Jho Low dipercayai berada di Macau, selepas menghilangkan diri pada 2018.

Menurut sumber, walaupun suspek meninggal dunia, namun siasatan SPRM terhadap ahli perniagaan itu tetap berjalan.

https://8f959df0f7f5cef9e8f7bf7bb5df8b81.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html “SPRM kini berjaya mengesan kembali kira-kira AS$5 juta (iaitu) aset dan wang tunai 1MDB di Singapura.

“Siasatan SPRM tetap berjalan bagi mendapatkan semula dana-dana 1MDB yang dikaitkan dengan mendiang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Kok Thiam dan Jho Low dipercayai berada di Macau, selepas menghilangkan diri pada 2018.

Sumber SPRM berkata, hasil penggeledahan rumah lelaki berkenaan pada 3 Mei lalu juga mendapati, kira-kira RM30 juta termasuk aset dan akaun dikaitkan 1MDB diperoleh ahli perniagaan itu kemudian dibekukan.

Lelaki berkenaan yang juga seorang bekas pegawai 1MDB diserahkan notis perintah untuk hadir ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 10 pagi, 3 Mei lalu, selepas dia dibawa pulang SPRM ke Malaysia bagi siasatan lanjut berkaitan penyelewengan 1MDB dan SRC International.

Penyerahan notis itu dibuat selepas lelaki berkenaan tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2), pada 3.30 pagi, hasil kerjasama dengan agensi penguat kuasa dari luar negara.

Dalam pada itu, sumber berkenaan memaklumkan, siasatan badan itu bagi mendapatkan semula dana-dana 1MDB yang berkaitan, tetap berjalan meskipun dengan kematian Kok Thiam.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 394 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025