Bursa Malaysia diniagakan lemah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal dagangan pagi Khamis, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur selepas Rizab Persekutuan mengambil keputusan melangkau kenaikan kadarnya.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.19 mata kepada 1,381.23 daripada 1,385.42 pada penutupan urus niaga semalam.

Indeks utama itu dibuka pada paras 1,382.96, rendah 2.46 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan saham rugi mengatasi saham untung 192 berbalas 117, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,724 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 273.80 juta unit bernilai RM96.41 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata walaupun Fed menghentikan seketika kenaikan kadarnya tetapi ia juga memberi isyarat bahawa kenaikan kadar tambahan mungkin berlaku sekiranya perlu untuk mengawal harga.

Beliau berkata, sentimen turut terjejas oleh penyahsenaraian pemaju tanah besar China di tengah-tengah pasaran perumahan yang lemah.

“Namun begitu, percubaan AS baru-baru ini untuk meredakan ketegangan dengan China mungkin memberi harapan untuk menyuntik keyakinan kembali ke dalam sistem kewangan,” katanya kepada Bernama.

Pak Leng berkata, FBM KLCI ditutup tinggi semalam disebabkan aktiviti belian lewat membabitkan saham wajaran tinggi terpilih.

“Hari ini, kami menjangkakan sentimen pasaran kekal berhati-hati ekoran ketidaktentuan serantau yang semakin meningkat selepas mengambil petunjuk daripada Wall Street.

“Justeru, kami berpendapat indeks akan kekal dalam julat 1,380 hingga 1,390 hari ini dan ketiadaan kenaikan kadar dapat merangsang minat belian di kaunter teknologi dalam jangka pendek,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM8.62, Tenaga Nasional susut 10 sen menjadi RM9.10 dan Petronas Chemicals lemah lapan sen kepada RM6.32 manakala Public Bank dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM3.82 dan RM4.99.

Bagi saham aktif, Sarawak Consolidated dan Classita, kedua-duanya menokok setengah sen kepada 39 sen dan 11 sen, Ewein turun empat sen kepada 66.5 sen sementara Tanco dan KNM kekal pada 49.5 sen dan 7.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kerugian 29.90 mata pada 10,214.35, Indeks FBMT 100 susut 30.31 mata menjadi 9,908.85 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 45.45 mata untuk mencatatkan paras 10,571.82,

Indeks FBM 70 menyusut 42.81 mata kepada 13,607.49 dan Indeks FBM ACE menguncup 25.06 mata kepada 5,173.94.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 3.78 mata kepada 783.65 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.95 mata kepada 159.12.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan meningkat 8.60 mata kepada 6,715.71 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan peroleh 3.43 mata kepada 15,187.57.

  • Coelho

    Related Posts

    • Pasaran
    • September 5, 2024
    • 28 views
    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia agak rendah sedikit pada tengah hari, terjejas disebabkan penjualan saham-saham YTL. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,668.84…

    Ringgit Diunjur Bergerak Ke RM4.30 Sedolar AS Dalam Masa Terdekat

    KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerikat Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, berikutan jangkaan yang tinggi terhadap langkah pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

    • September 6, 2024
    Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

    OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

    • September 5, 2024
    OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

    Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

    • September 5, 2024
    Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    • September 5, 2024
    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

    • September 5, 2024
    Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

    Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

    • September 5, 2024
    Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar