Kadar inflasi Malaysia turun kepada 2.4% – DOSM

PUTRAJAYA: Kadar inflasi negara pada Jun 2023 mereda kepada 2.4%, menjadikannya kadar terendah dalam enam bulan pertama 2023, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan perlahan inflasi dalam bulan itu didorong oleh kenaikan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel 5.4% berbanding 6.7% pada Mei 2023.

Makanan & minuman bukan alkohol 4.7% dan hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah 2.3%.

Selain itu, katanya peningkatan perlahan inflasi pada bulan dikaji turut didorong oleh kenaikan kecil bagi kumpulan pelbagai barangan & perkhidmatan 2.6%; kesihatan 2.0% dan pendidikan 1.9%.

“Perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain serta perkhidmatan rekreasi & kebudayaan pula masing-masing meningkat 1.8% dan 1.6%.

“Ini dikuti oleh minuman alkohol & tembakau 0.6% dan pakaian & kasut 0.1%,” katanya dalam satu kenyataan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Jun 2023.

Mohd Uzir berkata, inflasi pengangkutan bagi Jun 2023, kekal tidak berubah berbanding Jun 2022.

Katanya, subkumpulan perkhidmatan pengangkutan dan pembelian kenderaan masing-masing meningkat sebanyak 5.2% dan 1.9%.

“Namun begitu, penurunan inflasi subkumpulan pengurusan alat pengangkutan persendirian sebanyak negatif 0.6%, sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi kumpulan ini daripada meningkat.

“Penurunan subkumpulan pengurusan alat pengangkutan persendirian disumbangkan oleh penurunan kelas perbelanjaan bahan api & pelincir untuk pengangkutan persendirian kepada negatif 3.8% berbanding negatif 2.4% pada Mei 2023.

“Selain itu, penurunan harga minyak petrol tanpa plumbum RON97 kepada negatif 29.4 peratus pada bulan Jun 2023 (RM3.37 seliter) berbanding Jun 2022 (RM4.77 seliter) turut menyumbang kepada penurunan kelas perbelanjaan ini,” katanya.

Beliau berkata, bagi inflasi di peringkat negeri pula, 10 negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 2.4 peratus dengan Labuan merekodkan peningkatan paling rendah sebanyak 1.2% pada Jun 2023.

“Walau bagaimanapun, enam negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Sarawak 3.0%, Pahang 2.9%, Putrajaya 2.8%, Selangor 2.7%, Perak 2.7% dan Melaka 2.7%,” katanya.

Sementara itu, katanya inflasi bagi kumpulan pendapatan bawah RM3,000, meningkat 2.7% berbanding Mei 2023 pada 3.1%.

Peningkatan ini, katanya disumbangkan oleh kumpulan makanan & minuman bukan alkohol sebanyak 4.1 peratus dan terutamanya direkodkan oleh subkumpulan daging 5.5%, diikuti oleh susu, keju & telur 5.4% dan beras, roti & bijirin lain 4.7%.

“Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Jun 2023 meningkat 0.2% berkadaran sama seperti direkodkan pada Mei 2023.

“Sementara itu, inflasi bagi suku tahun kedua 2023 meningkat 2.8% kepada 130.2 berbanding 126.6 pada suku tahun yang sama tahun lalu,” katanya.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat