Bursa Malaysia catat untung bersih RM132.4 juta bagi separuh pertama 2023, peningkatan 3.9% berbanding RM127.4 juta

  • News
  • July 31, 2023

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak RM132.4 juta untuk separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2023 iaitu peningkatan 3.9% berbanding RM127.4 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan ini disumbangkan oleh penurunan dalam perbelanjaan mengurus sebanyak 8.5% kepada RM131.1 juta pada separuh pertama tahun ini berbanding RM143.2 juta pada tahun lalu terutamanya disebabkan oleh pembalikan peruntukan sekali sahaja.

Lembaga Pengarah meluluskan dan mengisytiharkan dividen interim sebanyak 15 sen sesaham atau kira-kira RM121.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 mewakili nisbah pembayaran 91.7%.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, memandangkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global Bank Dunia 2023 yang sederhana sebanyak 2.1% dan jangkaan pertumbuhan sederhana ekonomi Malaysia sebanyak 4.5% bagi 2023 berbanding 2022, kami menyedari landskap kewangan global yang mencabar yang ditandakan oleh risiko yang semakin meningkat dan permintaan luar yang lemah.

“Namun begitu, Bursa Malaysia kekal optimis, disokong oleh daya tahan permintaan pasaran domestik kami, jangkaan pembalikan aliran pelaburan antarabangsa kembali ke pasaran baru muncul pada separuh kedua 2023 dan strategi pelbagai aspek yang sedang dilaksanakan Bursa merentasi pasarannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, semasa mengharungi masa tidak menentu itu, terdapat potensi pertumbuhan bagi pasaran ekuiti dan jangkaan penstabilan persekitaran kadar faedah global.

“Faktor-faktor ini, ditambah dengan kadar duti setem yang dikurangkan baru-baru ini ke atas dagangan saham, bersedia untuk menarik pelabur tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Bagi separuh pertama tahun ini, Pasaran Sekuriti melaporkan hasil dagangan sebanyak RM126 juta, penurunan sebanyak 14.4% berbanding RM147.2 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Ini disebabkan oleh Purata Nilai Dagangan Harian (ADV) yang lebih rendah untuk Dagangan Dalam Pasaran (OMT) dan Dagangan Perniagaan Langsung (DBT) Pasaran Sekuriti pada separuh pertama 2023, berjumlah RM2.09 bilion berbanding RM2.46 bilion dalam pada tahun lalu.

Dagangan pada separuh pertama tahun ini merosot sebanyak 5 mata peratusan kepada 28% berbanding 33% pada tempoh sama tahun lalu.

Dana yang diperoleh melalui tawaran awam permulaan (IPO) meningkat sebanyak 8.9% kepada RM2.3 bilion daripada RM2.1 bilion pada tahun lalu.

Jumlah hasil dagangan derivatif menurun sebanyak 6.9% kepada RM44.5 juta pada separuh pertama tahun ini berbanding RM47.7 juta pada thaun lalu, terutamanya disebabkan oleh perolehan yuran pengurusan cagaran yang lebih rendah dan bilangan kontrak Kontrak Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO).

Bagi Pasaran Islam, lonjakan aktiviti perdagangan di Bursa Suq Al-Sila (BSAS) membawa kepada peningkatan 15.5% dalam hasil dagangan kepada RM8.8 juta pada separuh pertama tahun ini, meningkat daripada RM7.6 juta pada separuh tahun lalu.

Bursa Malaysia terus memberi tumpuan untuk membangunkan instrumen pelaburan patuh Syariah baharu untuk memenuhi keperluan pelabur, termasuk pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab, produk bercirikan wakaf, dan Dinar Emas Bursa.

Sementara itu, hasil bukan dagangan meningkat 3.2% kepada RM110.3 juta didorong oleh pertumbuhan dalam Perniagaan Data, yang mencatatkan hasil operasi sebanyak RM32.9 juta, peningkatan sebanyak 5.6% berbanding RM31.2 juta yang dijana pada tahun lalu.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 389 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025