CelcomDigi anjur Karnival Jom 5G

KUALA LUMPUR: CelcomDigi Bhd akan menganjurkan Karnival Jom 5G mulai 18 hingga 20 Ogos 2023, yang menampilkan tawaran rangkaian telefon 5G baharu yang hebat serta paling luas kepada rakyat Malaysia susulan pelancaran kempen Jom 5G Malaysiaku baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, kumpulan telekomunikasi itu berkata, karnival terbabit akan sarat dengan tawaran serta penjimatan bagi membolehkan pengalaman digital yang lebih baik di rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia.

“Selain itu, dengan langkah integrasi dan pemodenan rangkaian CelcomDigi yang berterusan di seluruh negara, rakyat Malaysia boleh menantikan penyampaian kesalinghubungan termasuk pengalaman digital yang lebih baik pada rangkaian 4G LTE dan 5G,” katanya.

Karnival Jom 5G akan diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara iaitu di Celcom bluecube Sunway Pyramid, Subang Jaya; Digi Store Bayan Baru, Pulau Pinang; Celcom bluecube Taman Molek, Johor Bahru; Celcom bluecube, Kuantan; Digi Store Api-Api, Kota Kinabalu dan Celcom bluecube Tun Jugah, Kuching.

Goncalves

Related Posts

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

WhatsApp umum ciri pin mesej pada tetingkap sembang

Ciri pin mesej pada tetingkap sembang diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025