Axiata catat peningkatan kerugian bersih suku kedua 2023 kepada RM576.21 juta

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Axiata Group Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2023, meningkat kepada RM576.21 juta daripada RM106.38 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Hasil, bagaimanapun, meningkat kepada RM5.99 bilion daripada RM5.20 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keuntungan bersih yang lebih rendah dipengaruhi terutamanya oleh beberapa faktor termasuk susut nilai dan pelunasan yang lebih tinggi, rosot nilai aset bagi operasi mudah alih di Nepal, dan kos kewangan tinggi, sebahagiannya diimbangi oleh hasil kasar yang lebih tinggi, kerugian pertukaran asing rendah, bahagian keuntungan daripada syarikat sekutu terutamanya daripada CelcomDigi Bhd dan cukai rendah.

“Selepas selesai penggabungan antara Celcom dan Digi pada 30 Nov 2022, bahagian kumpulan dalam keputusan kewangan CelcomDigi direkodkan di bawah operasi berterusan mulai 1 Dis 2022 dan seterusnya, manakala keputusan kewangan Celcom sebelum 1 Dis 2022 dikemukakan sebagai operasi yang dihentikan,” katanya.

Bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2023, Axiata mencatatkan kerugian bersih yang lebih besar sebanyak RM502.36 juta berbanding RM149.35 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil meningkat kepada RM11.37 bilion daripada RM10.18 bilion sebelum ini.

Dalam makluman berasingan, syarikat itu mengisytiharkan dividen dikecualikan cukai sebanyak 5.0 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.

Butiran kelayakan dividen dan tarikh pembayaran akan ditentukan dan diumumkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Goncalves

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

  • July 12, 2025
MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

  • July 12, 2025
Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham

  • July 11, 2025
SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham