Google News tersedia dalam bahasa Melayu

Kuala Lumpur: Google News kini tersedia dalam bahasa Melayu untuk membawa lebih banyak berita tempatan kepada pembaca.

Pengarah, Perkongsian Berita, Google Asia Pasifik, Kate Beddoe berkata, perluasan itu mengesahkan komitmen Google untuk menjadikan maklumat mudah diakses oleh orang ramai di seluruh dunia dalam bahasa yang mereka sukai.

“Melalui laman web khusus dan aplikasi yang tersedia di Android dan iOS, Google News terus membantu pembaca mencari berita dari sumber yang berwibawa, dari laman web berita terbesar dunia sehingga ke penerbitan kecil, tempatan dan khusus.

“Dengan mengenal pasti dan menyusun cerita daripada pelbagai sumber berita – suatu langkah utama dalam memerangi berita palsu – kami membantu pembaca mendapatkan gambaran yang lebih besar mengenai perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan lebih mudah.

“Ini termasuk mencari lebih banyak cerita tempatan dari komuniti mereka, memahami topik berita yang melanda negara dan global,” katanya.

Menurutnya, memudahkan pembaca mencari berita yang mereka inginkan bukan saja memberi manfaat kepada pembaca malah membantu pihak penerbitan.

“Google News membawa pembaca ke laman web penerbit apabila mereka klik pada pautan – membantu mendorong trafik ke kandungan mereka, yang mana mereka boleh memaparkan iklan dan menggalakkan pembaca untuk melanggan.

“Pada 2022, Google menghantar lebih daripada 66 juta lawatan ke laman web penerbit Malaysia setiap bulan – tanpa sebarang caj,” katanya.

Beliau berkata, selain daripada pengumuman itu, pihaknya akan terus melabur dalam produk, program dan pembiayaan melalui Google News Initiative (GNI) untuk menyokong kewartawanan berkualiti dan membantu pihak penerbit dan wartawan Malaysia berkembang maju dalam talian.

“Kami berbangga kerana GNI akan terus menyokong kerja penting seperti kisah mengenai wartawan daripada Bernama yang menyoroti salah satu masalah terbesar kanak-kanak di Malaysia selepas menghadiri latihan kewartawanan data oleh Google News Initiative.

“Kami berharap ketersediaan Google News dalam bahasa Melayu membantu lebih ramai orang mencari berita yang mereka inginkan, daripada penerbit berwibawa yang pelbagai dan dari semua saiz, di Malaysia dan di luar negara, dan memberikan lebih banyak sokongan kepada wartawan dan penerbit yang bekerja keras untuk menyampaikan berita,” katanya.

Goncalves

Related Posts

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

WhatsApp umum ciri pin mesej pada tetingkap sembang

Ciri pin mesej pada tetingkap sembang diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025