Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur tunggu Belanjawan 2024

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.64 mata kepada 1,441.18 daripada 1,443.82 penutup Khamis.

Indeks utama dibuka 0.45 mata lebih rendah pada 1,443.37.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 165 berbalas 139, manakala 248 kaunter tidak berubah, 1,803 tidak diniagakan dan 25 digantung.

Jumlah dagangan 183.01 juta unit bernilai RM77.05 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata data Indeks harga Pengguna (IHP) AS telah melonjakkan hasil 10 tahun AS kepada 4.697 peratus dan Rizab Persekutuan AS pula berkemungkinan perlu menaikkan kadar faedah bulan depan.

Beliau berkata, Purata Perindustrian Dow Jones merosot 0.51 peratus semalaman manakala Komposit Nasdaq turun 0.63 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak 345 mata didorong oleh kemunculan Central Huijin yang merupakan sebahagian daripada dana kekayaan kedaulatan China yang menolak naik saham beberapa bank antaranya ICBC, Construction Bank, Bank of China dan Agriculture Bank,” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, beliau berkata ketika pelabur menunggu pembentangan Belanjawan 2024 lewat hari ini, beliau tetap optimis kemungkinan terdapat beberapa kejutan yang menggembirakan.

“Namun begitu, kami menjangkakan indeks penanda aras berlegar dalam julat 1,440 hingga 1,450 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM7.28, Maybank dan Public Bank masing-masing turun tiga sen untuk mencatatkan harga RM8.96 dan RM4.15, CIMB lemah empat sen menjadi RM5.62 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM10.00.

Bagi saham aktif, Widad menambah setengah sen kepada 55 sen, Tanco dan Malaysian Resources Corporation turun setengah sen, masing-masing merekodkan harga 56 sen dan 48.5 sen manakala KNM Group dan Sapura Energy, kedua-duanya kekal pada harga 12 sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 14.82 mata kepada 10,681.49, Indeks FBMT 100 berkurangan 14.53 mata menjadi 10,343.00 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 4.06 mata kepada 10,916.71.

Indeks FBM 70 rendah 0.69 mata kepada 14,226.19 manakala Indeks FBM ACE meningkat 3.73 mata kepada 5,181.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.71 mata kepada 16,249.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.05 mata menjadi 173.99, Indeks Tenaga berkurangan 2.23 mata kepada 873.22 manakala Indeks Perladangan meningkat 2.17 mata kepada 6,848.94. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

KUALA LUMPUR– Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap IJM Corporation Berhad berpotensi meningkatkan risiko pelaksanaan serta menambah ketidaktentuan terhadap tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat oleh Sunway Berhad, menurut MBSB Research.…

Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Citaglobal Berhad mendedahkan bahawa anak syarikatnya, Citaglobal Capital Sdn Bhd, merekodkan pinjaman tertunggak berjumlah RM18.5 juta bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2025.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan