Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 disalur Januari 2024

  • News
  • October 16, 2023

KUALA LUMPUR: Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar akan mula disalurkan bermula Januari 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya, berkata BAP akan disalurkan menerusi sekolah masing-masing sebelum diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun setiap murid.

KPM berkata bantuan itu akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.

“Kementerian mengambil perhatian kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam Pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.

“Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP. Setiap murid dibayar RM150 secara one-off (sekali bayar) bermula Januari 2024 menerusi sekolah secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa serta penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat lalu kerajaan memperuntukkan lebih RM788 juta untuk meneruskan pelaksanaan BAP berbanding RM450 juta tahun lalu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan bagi Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak RM788,130,000 diperuntukkan untuk BAP 2024.

Selain itu, peruntukan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut dinaikkan kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Elaun murid berkeperluan khas diperuntukkan sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta tahun sebelumnya.

Belanjawan 2024 memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion kepada Kementerian Pendidikan, sekali gus mengekalkan pendidikan sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028