MOT gantung lesen penerbangan MYAirline – Loke

  • News
  • October 16, 2023

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan menggantung lesen MYAirline Sdn Bhd untuk sementara waktu.

Menterinya, Anthony Loke berkata ia susulan syarikat itu menghentikan operasinya untuk mencari pelabur sebelum mula beroperasi semula.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mengumumkan perkara itu nanti pada hari ini.

“Saya difahamkan syarikat ini masih wujud, mereka kata diberhentikan operasi sementara mahu mencari pelabur (baharu). Itu isu komersial mereka.

“Tetapi di pihak berkuasa kita akan menggantung lesen mereka sementara waktu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran Logistik Hijau dan Penyerahan Lori Terminal Elektrik Pertama Malaysia kepada Unilever Malaysia di sini, hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, MyAirline dalam satu kenyataan mengumumkan penggantungan operasinya berkuasa 12 Oktober lalu.

Menurut syarikat penerbangan itu, tindakan tersebut akan berlanjutan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Loke berkata, beliau difahamkan MYAirline akan mengadakan sidang media hari ini jadi pihak pengurusan perlu tampil untuk memberikan penjelasan kepada pelanggan dan juga kepada kakitangan mereka.

Beliau berkata, Pihak CAAM juga akan mengeluarkan kenyataan pada hari ini, jadi ada beberapa perkara akan berlaku hari ini.

Sementara itu, Loke berkata satu usul juga akan dibahaskan di kamar khas di Parlimen pada petang ini dan timbalannya akan menjawab soalan itu memandangkan beliau perlu ke luar negara petang ini.

“Jadi, Timbalan Menteri akan jawab di kamar khas Parlimen. Kita akan menjawab segala isu yang timbul dan apa sahaja, yang paling penting sekarang ini kita mahu pastikan hak pengguna terpelihara dan mesti dipertahankan.

“Mereka ada hak untuk mendapat pembayaran balik tiket penerbangan, itu sesuatu yang amat-amat penting yang kita pastikan. Yang keduanya juga kebajikan pekerja MYAirline seramai kira-kira 900 orang itu mesti juga dijaga.

“Jadi, pihak syarikat diingatkan bahawa mereka ada tanggungjawab dalam kedua-dua aspek ini iaitu aspek pelanggan dan juga aspek pekerja, ini mesti dijaga terlebih dahulu,” katanya.

Ia turut mengakibatkan kerugian kira-kira RM20 juta yang ditanggung oleh penumpang, berdasarkan jualan tiket penerbangan syarikat terbabit.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

  • June 8, 2026
Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

  • May 29, 2026
MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta