Muhyiddin nafi ada kaitan dengan MYAirline, minta hentikan politik kotor

  • News
  • October 18, 2023

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan beliau mempunyai kaitan dengan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Muhyiddin menegaskan, beliau tidak mempunyai kaitan dengan pemegang saham, malah tiada pengetahuan mengenai latar belakang syarikat penerbangan berkenaan.

“Saya dapati ada pihak yang cuba mengaitkan saya dengan kemelut yang melibatkan syarikat penerbangan MYAirline.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tiada kaitan langsung dengan syarikat penerbangan ini atau mana-mana pemegang saham syarikat. Saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latar belakang syarikat ini,” katanya menerusi kenyataan.

Malah, Presiden Bersatu itu berkata, berdasarkan carian beliau menunjukkan bahawa syarikat itu mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021 iaitu semasa beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pembabitan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirline tidak boleh dikaitkan dengan dirinya.

“RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau percaya terdapat pihak tertentu yang cuba mencemarkan nama baiknya dengan membuat tuduhan jahat kononnya beliau terbabit dengan syarikat ini. Hentikanlah politik murahan yang kotor ini,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan syarikat itu menggantung operasinya serta-merta kerana tekanan kewangan yang dihadapi.

MYAirline diasaskan secara rasmi pada 11 Januari 2021 dengan sokongan kewangan daripada Zillion Wealth Bhd (88 peratus), Trillion Cove Holdings Bhd (10 peratus) dan Pengasas Bersama dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rayner Teo (dua peratus).

MYAirline baru-baru ini mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa Khamis lalu, sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan keputusan penggantungan dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

MYAirline diasaskan secara rasmi pada 11 Januari 2021 dengan sokongan kewangan daripada Zillion Wealth Bhd (88 peratus), Trillion Cove Holdings Bhd (10 peratus) dan Pengasas Bersama dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rayner Teo (dua peratus).

Lembaga Pengarah MYAirline terdiri daripada Pengasas Bersama yang juga pemegang saham terbesar, Datuk Allan Goh Hwan Hua; Sean Goh Tze Han; bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman; bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Abd Hamid Mohd Ali; Teo dan Pengarah Trillion Cove, Jothi Prakash Murugan.

Pesawat pertamanya mula diterima pada Julai 2022, Airbus A320 (9M-DAC) yang dipajak daripada Aircastle Limited dan menerima Sijil Pengendali Udara pada 27 September 2022 serta Lesen Perkhidmatan Udara pada 15 November 2022 daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Lesen yang diberikan membolehkan MYAirline mengendalikan perkhidmatan penumpang dan kargo.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 72 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 70 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis