Fokus turunkan defisit fiskal untuk tingkat keyakinan pelabur – PM Anwar

  • News
  • October 17, 2023

PUTRAJAYA: Fokus kerajaan untuk menurunkan defisit fiskal dalam Belanjawan 2024 adalah untuk meningkatkan keyakinan pelabur serta memacu pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sekiranya defisit fiskal negara meningkat, pelabur-pelabur tidak akan yakin dengan kepemimpinan kerajaan.

“Kalau kita terus dengan defisit yang ‘membengkak’, orang yang ingin melabur dia tidak yakin, ini (negara) diurus oleh barisan pimpinan politik atau pengurusan kerajaan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Anwar turut merujuk kepada falsafah Adam Smith, seorang pakar dan pemikir ekonomi, bahawa sebaik-baik mengurus ekonomi negara adalah seperti mengurus ekonomi rumah tangga.

“Hutang membengkak, anak-anak tidak mampu bayar, maknanya gagal pengurusan. Hutang yang mampu ditangani kemudian, itu ada munasabahnya terutama kalau hutang boleh bawa pertumbuhan,” katanya.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat berkata melalui Belanjawan 2024, kerajaan dilihat lebih bersungguh mahu mengejar kadar defisit fiskal yang lebih rendah berbanding menyediakan satu belanjawan yang membantu rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Anwar pada 13 Oktober lalu membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ berjumlah RM393.8 bilion, paling tinggi dalam sejarah belanjawan negara.

Dalam pembentangan belanjawan itu, defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024, berbanding sasaran 5.0 peratus tahun ini dan 5.6 peratus tahun 2022.

Anwar berkata beliau memahami tidak semua permintaan yang dikemukakan oleh semua pihak untuk Belanjawan 2024 dapat dilaksanakan namun ia akan dipertimbangkan dalam belanjawan akan datang. – BERNAMA

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    • September 30, 2026
    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028