Ringgit menjunam kepada RM4.50 satu dolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit kembali dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan kenaikan pada hari-hari sebelumnya apabila dolar AS mengukuh, didorong oleh laporan monetari separuh tahun kepada kongres oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih memihak kepada menaikkan kadar faedah.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.5065/5140 berbanding dolar daripada penutupan Selasa pada paras 4.4710/4730.

Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Ketua Fed AS, Jerome Powell masih tetap dengan pendirian kepada menaikkan kadar faedah.

“Rizab Persekutuan bersedia untuk menaikkan kadar dana Persekutuan, malah mungkin lebih tinggi daripada apa yang diharapkan oleh pasaran sekiranya data terus menunjukkan daya tahan lebih lanjut terhadap ekonomi AS.

Dalam perkembangan lain, Mohd Afzanizam turut berkata Indeks Dolar AS (DXY) telah meningkat 1.21 peratus kepada 105.616 mata.

“Justeru, ringgit dijangka berada di sisi yang lebih lemah hari ini dengan tahap rintangan semasa sekitar RM4.5293 berbanding dolar AS dan akan bergerak ke arah ini dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi terhadap sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3321/3410 daripada 5.3715/3739 pada hari Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.7539/7618 daripada 4.7647/7669 tetapi rendah berbanding yen menjadi 3.3283/3341 daripada 3.2909/2926 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding beberapa mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan itu menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3283/3341 daripada 3.3210/3229 semalam dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.15/8.17 daripada 8.12/8.13.

Ringgit juga lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 293.2/293.8 daripada 290.90/291.1 pada penutupan sebelumnya tetapi tinggi berbanding baht Thai pada 12.8354/8615 daripada 12.9332/9453.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    • September 30, 2026
    Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

    Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

    • September 27, 2026
    Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

    • September 26, 2026
    Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    • September 19, 2026
    Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

    • September 19, 2026
    AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat