Nilai ringgit naik sedikit pagi ini

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini apabila pergerakan dolar AS berhenti rehat seketika berikutan penurunan kecil dalam hasil Perbendaharaan semalam dan menjelang Laporan Monetari Separuh Tahunan Rizab Persekutuan (Fed) AS kepada Kongres, kata seorang penganalisis.

Pada 9.00 pagi, mata wang tempatan menambah nilai menjadi 4.4740 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.4760/4800.

Ketua Ekonomi Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dagangan hari ini dijangka lesu kerana peserta pasaran mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang testimoni pengerusi Fed, Jerome Powell yang dijadualkan hari ini dan esok.

“Jelas sekali, pasaran sedang menantikan lebih banyak petunjuk kerana Persekutuan dijangka menunjukkan keazamannya untuk mengekalkan pendirian dasar monetari yang sangat ketat.

“Berhubung tindakan dasar monetari, Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka memberikan kenaikan 25 mata asas dalam kadar tunai. Sekali lagi, ringgit diunjur diniagakan dalam lingkungan RM4.47 hingga RM4.48 berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh nilai berbanding pound Britain kepada 5.3786/3853 daripada 5.3842/3890 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2875/2921 daripada 3.2895/2927, tetapi menyusut nilai berbanding euro kepada 4.7778/7837daripada 4.7575/7618

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu didagangkan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang ASEAN.

Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3244/3290 daripada 3.3259/3294 pada Isnin dan bertambah baik berbanding peso Filipina pada 8.13/8.15 daripada 8.16/8.17.

Mata wang tempatan juga meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 292.4/293.0 daripada 292.5/293.0 sebelumnya tetapi meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9303/9356 daripada 12.9626/9810.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028