MAHB jual pegangan dalam GMR Hyderabad International Airport

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersama anak syarikat milik penuhnya, MAHB (Mauritius) Pte Ltd melepaskan keseluruhan 11% kepentingan dalam GMR Hyderabad International Airport Ltd (GHIAL) kepada GMR Group berjumlah RM478 juta.

GHIAL adalah syarikat induk yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad di India.

Kumpulan MAHB memperoleh 11% kepentingan dalam GHIAL daripada Kumpulan GMR pada 2009 pada harga RM47.8 juta.

Sejak pengambilalihan, Kumpulan MAHB telah mengekalkan kepentingan minoriti pasif dalam usaha niaga itu.

“Penjualan ini adalah sebahagian usaha Kumpulan MAHB untuk menyelaraskan portfolio pelaburan luar negaranya dan membuka nilai daripada aset bukan terasnya, selaras dengan strategi pertumbuhan perniagaan antarabangsa kumpulan.

“Hasil daripada pelupusan itu akan dialihkan kepada tujuan korporat am dan perbelanjaan modal (CAPEX) dalam aset yang Kumpulan MAHB mempunyai lebih pegangan langsung dan kawalan,” kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, MAHB berkata, pendekatan pelaburan semula strategik itu adalah elemen utama strategi pertumbuhan kumpulan.

Katanya, ia membolehkannya mengoptimumkan portfolio pelaburan dan mengukuhkan kawalan ke atas aset teras, yang akhirnya membawa kepada nilai jangka panjang yang lebih besar untuk pemegang taruh.

  • Coelho

    Related Posts

    HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

    Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    • August 10, 2026
    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    • August 10, 2026
    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

    • August 7, 2026