AS kekalkan kadar faedah pada aras tertinggi 22 tahun

WASHINGTON: Bank pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada tahap tertinggi dalam 22 tahun dalam usahanya untuk mengawal inflasi yang masih tinggi tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonominya yang kukuh.

Keputusan Fed itu untuk mengekalkan kadar faedah pinjaman rujukannya, iaitu antara 5.25 peratus dan 5.5 peratus, memberi peluang kepada pembuat dasar untuk “menilai maklumat tambahan dan implikasinya terhadap dasar monetari,” kata bank pusat itu dalam kenyataan.

“Proses untuk mengurangkan inflasi secara mapan kepada dua peratus masih jauh,” kata Pengerusi Fed, Jerome Powell, dalam sidang akhbar pada hari Rabu, merujuk kepada sasaran jangka panjang Fed untuk kadar faedah.

Beliau menambah bahawa Fed, ‘tidak memikir untuk menurunkan kadar buat masa ini sama sekali’.

Keputusan Fed itu menepati jangkaan umum iaitu menandakan langkah pertama dibuat dalam dua mesyuarat secara berturut sejak AS mula menaikkan kadar tahun lalu.

Sejak kadar inflasi mencapai lebih daripada 7.0 peratus pada Jun 2022, ia telah perlahan lebih daripada separuh, walaupun ia masih kekal di atas 3.0 peratus.

Sebahagian besar penganalisis, termasuk mereka yang bekerja untuk Fed, meramalkan bahawa AS akan terjebak dalam kemelesetan ekonomi tahun ini disebabkan oleh kadar faedah yang naik dengan pantas.

Apabila Fed menaikkan kadar faedah, ia meningkatkan kos pinjaman dari bank, yang biasanya merendahkan aktiviti ekonomi dan melemahkan pasaran buruh.

Namun, di sebalaik dasar ketat monetari yang agresif, Fed menyatakan bahawa ‘aktiviti ekonomi berkembang pada kadar yang kukuh dalam suku ketiga’.

“Pendapatan pekerjaan telah perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini tetapi masih kukuh, dan kadar pengangguran tetap rendah,” tambahnya.

Keputusan Fed menghentikan seketika kenaikan kadar mungkin akan mencetuskan jangkaan bahawa ia sudah selesai menaikkan kadar faedah dan sebaliknya beralih untuk mengekalkan keadaan itu untuk tempoh lebih lama. – AFP

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit