RM265 juta diperuntuk laksana program penyeragaman harga

  • News
  • November 9, 2023

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk melaksanakan Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan serta RM225 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming pada 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dua program berkenaan merupakan dua komponen khusus di bawah Program Penyeragaman Harga yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Armizan yang juga pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, program itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah intervensi untuk menangani isu perbezaan besar harga barang-barang asas dengan kawalan harga di kawasan pedalaman berbanding kawasan lain.

“Selain itu, program ini dijalankan bagi menanggung kos pengangkutan membawa tujuh barangan bersubsidi atau kawalan iaitu beras, gula, tepung gandum, minyak masak, LPG, petrol RON95 dan diesel daripada pembekal ke kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Ia bagi memastikan supaya penduduk kawasan pedalaman boleh membeli tujuh barangan berkenaan dengan harga kawalan yang disebutkan tadi sama seperti di bandar atau pekan terdekat,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Riduan Rubin (Bebas-Tenom) berhubung keberkesanan pelaksanaan Program Penyeragaman Harga dalam menangani kos sara hidup penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah.

Sebagai contoh, katanya harga bagi LPG tong 14 kilogram di Zon Pensiangan ialah RM65 setong sebelum ini, namun selepas pelaksanaan program itu, harganya ditetapkan sebanyak RM26.60 setong.

“Untuk Sabah sahaja, program ini melibatkan 69 zon dengan rangkuman keseluruhan 216 kawasan serta memberi kesan dan impak langsung kepada lebih 525,000 populasi penduduk di kawasan terlibat,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Riduan sama ada kementerian bercadang mewujudkan mekanisme penyeragaman harga melibatkan barangan asas bersubsidi dan tidak bersubsidi di Sabah memandangkan harga barangan asas di negeri itu berbeza antara daerah, Armizan berkata buat masa ini, keutamaan diletakkan kepada barangan kawalan terlebih dahulu dan memperluas liputan zon point-of-sale.

“Sebagai contoh, pada 2019, point-of-sale yang ada di seluruh negara yang terlibat dalam program ini ialah 1,601 dan pada 2024 kita akan perluas kepada 1,727 point-of-sale, ini maksudnya liputan kawasan pedalaman itu semakin meningkat, kita tambah baik dari semasa ke semasa,” katanya. – Bernama

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai