LTAT tawar ambil alih baki saham Boustead Plantations pada harga RM1.55 sesaham

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengeluarkan notis mengenai Tawaran Pengambilalihan Mandatori Tidak Bersyarat bagi semua baki saham dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) yang tidak dipegang oleh LTAT pada harga tawaran RM1.55 sesaham.

LTAT dalam satu kenyataan berkata, tawaran itu dibuat berikutan pemeteraian perjanjian penjualan saham tanpa syarat (SSA) dengan Boustead Holdings Bhd (BHB) untuk memiliki 739,199,966 saham BPlant, mewakili kira-kira 33% daripada jumlah saham terbitan syarikat perladangan itu.

Menurut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Peraturan Pengambilalihan, Penggabungan dan Pengambilalihan Wajib, LTAT wajib untuk melanjutkan tawaran pengambilalihan berkenaan.

“Berikutan pengambilalihan berkenaan, LTAT akan memegang 976,406,066 saham dalam BPlant, mewakili 43.59% daripada jumlah saham terbitan syarikat itu.

“Tawaran ini adalah langkah signifikan dalam keseluruhan penstrukturan semula LTAT dan pemulihan Kumpulan Syarikat BHB bagi mengimbangi semula pelaburan portfolionya untuk meletakkan LTAT dalam kedudukan yang lebih baik berbanding profil pulangan risiko.

Tawaran ini akan memberikan fleksibiliti kepada LTAT dalam menetapkan hala tuju strategik BPlant dan mempercepatkan rancangan penciptaan nilai bagi memenuhi objektifnya.

“LTAT kekal teguh dalam meningkatkan kualiti asetnya untuk memberikan pulangan yang mampan kepada pencarumnya, selaras dengan Pelan Strategik LTAT 2023-2025 (MAMPAN25),” katanya.

Ogos lalu, Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) mengemukakan Tawaran Am Mandatori (MGO) untuk membeli 739.2 juta saham, atau 33% kepentingan dan satu saham BPlant daripada BHB pada harga RM1.15 bilion.

KLK turut mengemukakan tawaran pengambilalihan mandatori untuk membeli keseluruhan saham BPlant yang belum dimiliki oleh KLK, BHB dan LTAT.

Tawaran dikemukakan itu menilai BPlant pada RM3.47 bilion.

Bagaimanapun, perjanjian kerjasama strategik (SCA) antara LTAT, BHB dan KLK yang sebelumnya akan menyaksikan KLK membuat MGO di bawah SCA berkenaan itu, dibatalkan pada 4 Oktober lalu.

Alasan yang diberikan adalah ‘Syarat-syarat Pencapaian di bawah SCA tidak akan dipenuhi menjelang tarikh luput’ iaitu pada 6 Oktober 2023.

Pengumuman itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini pemeteraian perjanjian itu telah ditangguhkan dua kali, yang pertama dari 11 September kepada 22 September dan kemudian kepada 6 Oktober.

Coelho

Related Posts

Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR: Saham YTL Corporation Bhd dan YTL Power International Bhd jatuh hari ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta maklumat daripada anak syarikat YTL Power, YTL Communications Sdn…

Binastra Peroleh Kontrak Bernilai RM283.33 Juta Bina Pangsapuri 31 Tingkat di Taman Desa, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, Binastra Builders Sdn Bhd, menerima surat anugerah daripada Kaisar Maxim Sdn Bhd untuk kontrak kerja bangunan utama bernilai RM283.33 juta. Kumpulan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

  • September 6, 2024
Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

  • September 5, 2024
OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

  • September 5, 2024
Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

  • September 5, 2024
Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

  • September 5, 2024
Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

  • September 5, 2024
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar