BLD Plantation beli dua tanah di Sarawak dengan nilai RM24 juta

KUALA LUMPUR: BLD Plantation Bhd menerusi anak syarikatnya, Kirana Palm Oil Refinery Sdn Bhd telah menandatangani dua perjanjian jual beli (SPA) untuk membeli dua tanah di Bintulu, Sarawak bernilai RM24 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BLD Plantation berkata SPA tersebut dimeterai dengan Syarikat Sebangun Sdn Bhd melibatkan tanah 1.45 hektar dengan pertimbangan pembelian sebanyak RM7 juta, manakala tanah kedua berkeluasan 3.46 hektar bernilai RM17 juta.

Kumpulan itu berkata jumlah tersebut adalah berdasarkan ‘pembeli rela penjual sanggup’ selepas mengambil kira nilai pasaran bagi hartanah oleh MKK Property Consultants Sdn Bhd,

Kirana merupakan syarikat yang terlibat dalam operasi kilang penapisan minyak sawit dan kilang penghancur isirung sawit.

Kumpulan itu berkata pengambilalihan kedua-dua tanah terbabit akan dibiayai melalui gabungan dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank, jika perlu.

“Cadangan pengambilalihan di daerah Kemena, Bintulu adalah sesuai untuk pengembangan aktiviti perniagaan kumpulan pada masa akan datang, dengan mengambil kira kesesuaian tanah tersebut dari segi lokasinya yang strategik dan mudah diakses dari pusat bandar Bintulu dengan ketersediaan kemudahan sekitar sedia ada dan infrastruktur di sekitar hartanah,” katanya.

BLD Plantation turut menjangkakan pengambilalihan dua tanah tersebut menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dalam jangka panjang.

“Mengambil kira saiz, lokasi strategik dan kesediaan hartanah, Lembaga Pengarah percaya bahawa sumbangan positif daripada pengambilalihan akan menyokong pertumbuhan operasi semasa kumpulan dan pengembangan perniagaan yang selaras dengan pelan strategik jangka panjang,” tambahnya.

Kumpulan itu berkata pengambilalihan tersebut dijangka tidak mempunyai kesan material ke atas pendapatan sesaham (EPS), aset bersih sesaham dan penggearan bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026