Malaysia catat jumlah pelaburan yang diluluskan 2023 sebanyak RM329.5 bilion, tertinggi dalam sejarah – PM

  • News
  • February 23, 2024

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan yang telah diluluskan sebanyak RM329.5 billion pada tahun 2023, iaitu 23% tertinggi berbanding tahun 2022 dan jumlah itu yang tertinggi dalam sejarah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia didorong pelaburan asing sebagai penyumbang utama sebanyak 57.2% berbanding domestik iaitu 42.8%.

“Prestasi cemerlang ini disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1% bagi pelaburan domestik dan sebanyak 15.3% bagi pelaburan asing.

“Secara tidak langsung, ini merupakan satu petanda bahawa dasar mesra pelaburan (pro-investment) dan mesra perniagaan (pro-business) yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan (whole-of-government) telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau, landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi amat memberangsangkan itu mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi Malaysia sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani.

Beliau menambah, jumlah pelaburan yang diluluskan tersebut melibatkan 5,101 projek dan berpotensi mewujudkan lebih 127,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan negara.

“Sektor perkhidmatan merekodkan pelaburan tertinggi dengan menyumbang lebih daripada separuh (51.1%) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan iaitu RM168.4 bilion, diikuti oleh sektor perkilangan sebanyak RM152.0 bilion (46.1%) dan sektor utama (primary industries) sebanyak RM9.1 bilion (2.8%),” jelas beliau dalam kenyataan sama selepas membentangkan perkara itu dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) 2024 pada Khamis.

Selain itu, mesyuarat MPN juga telah membincangkan mengenai hala tuju pelaburan digital negara, selaras dengan perkembangan sektor ekonomi digital yang semakin pesat dan merupakan di antara sektor ekonomi yang penting dalam memperkukuhkan agenda pelaburan negara.

Menrutu beliau, ekonomi digital di Malaysia yang telah menyumbang sebanyak 23.2% kepada KDNK pada tahun 2021, diunjurkan meningkat kepada 25.5% menjelang tahun 2025.

Bagi tempoh 2021-2023, sebanyak 396 projek berkaitan digital telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM128.9 bilion, yang merangkumi projek yang diluluskan melalui Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan.

Pelaburan dalam projek digital ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan kepada 36,553 rakyat tempatan.

Antara pelaburan digital yang diluluskan adalah dalam sektor pusat data, pengkomputeran awan, pengehosan data, analisis data besar, dan kecerdasan buatan.

“Kehadiran syarikat-syarikat digital terkemuka dunia dan peneraju pasaran global di Malaysia juga memberi isyarat penting bahawa Malaysia mempunyai tarikan dan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk pelaburan digital.

“Justeru, kerajaan perlu memudahcara sebaik mungkin pelaburan digital berpotensi tanpa sebarang kompromi terhadap aspek berkaitan keselamatan data dan kedaulatan negara,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 391 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025