Pasaran saham positif pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan positif selepas merosot selama dua hari berikutan aktiviti pengambilan untung.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.49 mata kepada 1,545.98 daripada 1,545.49 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.86 mata kepada 1,546.35.

Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 227 berbanding 204 manakala 296 kaunter tidak berubah, 1,587 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tempatan turut mendapat rangsangan daripada ekuiti Wall Street yang tinggi dalam persekitaran belian yang kukuh dalam saham teknologi selepas Nvidia melaporkan keputusan suku tahunan yang lebih kukuh daripada jangkaan, meningkatkan pasaran dan sektor teknologi.

Dow naik 1.2 peratus manakala Nasdaq melonjak hampir 3.0 peratus. Di Asia, indeks utama ditutup tinggi berikutan belian lewat.

“Kami melihat aktiviti pengambilan untung baru-baru ini dalam pasaran tempatan sebagai pembetulan yang baik, membolehkan pasaran menerima aliran meningkat baru-baru ini dan menawarkan peluang untuk menambah saham pada paras yang rendah.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan dalam julat 1,540-1,550 hari ini,” katanya.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi YTL dan YTL Power, masing-masing naik sembilan sen kepada RM2.24 dan RM3.87, selepas keuntungan bersih meningkat seperti yang dilaporkan semalam.

Petronas Gas meningkat 20 sen kepada RM18.18 dan CIMB naik satu sen kepada RM6.40.

Axiata, bagaimanapun, merosot lima sen kepada RM2.71 dan Petronas Chemicals berkurangan empat sen kepada RM7.06.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Minetech, masing-masing naik setengah sen kepada 2.0 sen dan 18 sen.

Powerwell dan Notion, masing-masing meningkat empat sen kepada 31 sen dan 49.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 2.33 mata kepada 11,509.65, Indeks FBMT 100 berkurangan 3.27 mata kepada 11,158.95, Indeks FBM Emas Shariah susut 16.23 mata kepada 11,586.38, Indeks FBM 70 turun 17.93 mata kepada 15,627.06 dan Indeks FBM ACE merosot 0.68 mata kepada 4,905.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 15.28 mata kepada 17,308.17, Indeks Tenaga merosot 2.34 mata kepada 931.89, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.13 mata kepada 178.40 manakala Indeks Perladangan naik 0.16 mata kepada 7,333.28. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi