Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh dalam persekitaran data ekonomi AS yang berdaya tahan, kata pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7745/7800 berbanding dolar AS daripada 4.7710/7800 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi AS terus mengabaikan jangkaan pasaran yang boleh membawa kepada sokongan berterusan untuk dolar AS.

Beliau berkata tuntutan pengangguran awal lebih rendah daripada jangkaan sebanyak 201,000 pada minggu lepas berbanding anggaran konsensus sebanyak 217,000 manakala sentimen pengeluar naik kepada 51.5 mata pada Februari, bulan kedua berturut-turut melebihi paras 50 mata.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal rendah berbanding dolar AS, berada dalam julat RM4.77 hingga RM4.78. Data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia akan dikeluarkan hari ini dengan konsensus kekal stabil pada 1.6 peratus pada Januari, naik sedikit daripada 1.5 peratus pada bulan sebelumnya.

“Pada 1.6 peratus, kadar faedah sebenar sebanyak 1.4 peratus yang masih melebihi purata jangka panjang 0.6 peratus. Justeru, pendirian dasar monetari boleh dilihat terbatas.

“Oleh itu, skop untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih tinggi adalah terhad,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1735/1776 daripada 3.1764/1826 pada Khamis, meningkat berbanding pound kepada 6.0431/0500 daripada 6.0468/0582 semalam dan tinggi berbanding euro kepada 5.1670/1729 daripada 5.1775/1873 sebelum ini.

Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 13.2780/2999 daripada 13.3105/3404 pada Khamis dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5554/5600 daripada 3.5578/5648 semalam.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 306.2/306.7 daripada 305.9/306.7 pada Khamis dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.57/8.58 daripada 8.56/8.58 semalam. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

  • July 4, 2025
PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar