Lotus Store pertama Malaysia dibuka di Pavilion Damansara Heights

  • Auto
  • March 13, 2024

KUALA LUMPUR: Lotus Cars Malaysia membuka Lotus Store pertama di Pavilion Damansara Heights sebagai usaha mengukuhkan jenama itu di negara ini.

Pembukaan ruang pameran Lotus Store di Kuala Lumpur seluas 173.58 meter persegi itu adalah hasil kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Lotus Eletre pada April 2023 lalu.

Sehingga kini, sebanyak 50 unit sudah diserahkan kepada pembeli dan 200 unit lagi masih dalam proses penghantaran.

Ruang pameran itu turut menampilkan model Eletre dan Emira selain ruang khas konfigurasi Lotus bagi menyesuaikan kenderaan yang ditempah mengikut citarasa masing-masing selain ruang khusus untuk jualan barangan serta pakaian eksklusif dari jenama itu.

Pembukaan Lotus Store di Pavilion Damansara Heights adalah permulaan kepada pelancaran ruang pameran utama Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Shah Alam yang dijangka siap pada suku kedua 2024.

Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia, Jack Zaal berkata, pembukaan Lotus Store itu menunjukkan bahawa usaha pengembangan dan memperkenalkan semula jenama itu dilakukan secara berperingkat.

Katanya, proses memperkenalkan semula jenama Lotus itu bukan sahaja bertujuan meyakinkan pemilik sedia ada bahawa pihaknya sentiasa menjaga kepentingan mereka selain mamahami hala tuju jenama itu dalam membangunkan kenderaan premium tanpa jejaskan falsasfah Lotus.

“Penerimaan yang begitu memberangsangkan bagi model seperti Eletre dan juga pelancarannya yang dipacu oleh kesungguhan Malaysia mempromosikan penggunaan kenderaan-kenderaan elektrik, juga berperanan besar melonjakkan jenama Lotus di Malaysia.

“Ia diikuti dengan pelancaran Emira dan juga model-model lain yang akan diperkenalkan seterusnya, ini telah mengukuhkan kedudukan Lotus dan hala tuju jenama itu dalam membariskan model-model berprestasi tinggi yang dipacu tenaga elektrik.

“Lotus Cars Malaysia juga berhasrat meningkatkan usaha meluaskan pasarannya agar pelanggan-pelanggan mempunyai lebih akses kepada jenama tersebut,” katanya.

Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, Lotus Store itu bertempat di dalam pusat membeli belah Pavilion Damansara Heights di tingkat 1, Lot 1.47.02.

Lotus juga berhasrat memperluaskan kehadiran jenamanya di wilayah Utara dan Selatan, dan akan memperkenalkan perkhidmatan penyelenggaraan mudah alih untuk menambahbaik kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya.

Coelho

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai