Sultan Kelantan pemegang saham terbesar Heitech Padu dengan 15.9% kepentingan, Farhash Wafa jelas isu pemilik saham

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V muncul sebagai pemegang saham terbesar di dalam Heitech Padu Berhad iaitu sebanyak 15.9% kepentingan.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, kumpulan itu mengumumkan bahawa baginda telah membeli 16.1 juta saham yang diperoleh menerusi Rosetta Partners Sdn Bhd, anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd.

Sementara itu, ahli perniagaan, Datuk Farhash Wafa Salvador menjelaskan pegangan saham dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan bersamanya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Bekas pemimpin PKR itu berkata, Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan penuh syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd yang mana ia dimiliki bersama dengan Sultan Muhammad V, bukannya milik mutlaknya sebagaimana dakwaan pihak tertentu.

“Saya merujuk kepada beberapa artikel di portal berita terkait pemilikan pegangan saham HeiTech Padu Bhd yang telah tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya ingin jelaskan bahawa pegangan saham yang saya miliki dalam HeiTech Padu melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan bersama Sultan Muhammad V.

“Pemilikan saham ini juga adalah sebahagian daripada strategi pelaburan antara Sultan Muhammad V dan saya untuk membantu syarikat Bumiputera,” jelasnya.

Farhash yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan bahawa beliau tidak sesekali terbabit dengan mana-mana bahagian pentadbiran kerajaan dan aktiviti politik.

“Fokus penuh saya ketika ini adalah pada bidang perniagaan dan korporat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan mengenai dakwaan mengenai kepentingannya dalam sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan teknologi. – DagangNews

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura