PMB Investment umum prestasi 4 dana terbaik

Kuala Lumpur — PMB Investment hari ini mengumumkan pulangan prestasi untuk empat (4) dana di bawah pengurusannya.

Keempat-empat dana berkenaan telah mencatatkan prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori Lipper Investment Management, iaitu Equity, Equity Malaysia Income, Equity – Malaysia Small & Mid Capital dan Mixed Asset bag tempoh satu, tiga dan lima tahun berakhir 28 Februari 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Mahdzir Othman ( duduk tengah) Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim ( duduk kanan ) dan Ketua Pegawai Pelaburan, Isnami Ahmad Moktar ( duduk kiri) ketika sidang media PMB di Wisma PMB hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Mahdzir Othman berkata PMB Shariah Equity Fund (PMB SEF) secara konsisten berada pada kedudukan terbaik dalam Lipper List sejak 2018, memberikan pulangan yang memberangsangkan sebanyak 111% untuk tempoh lima tahun berakhir 28 Februari 2023 dalam kategori Equity Malaysia Income, manakala pulangannya untuk tiga tempoh tahun dan satu tahun adalah lebih baik masing-masing pada 130% dan 29%.

Tambahnya meneruskan kecemerlangan PMB SEF adalah PMB Dana Bestari Fund (PMB DEF) yang berada pada kedudukan kedua daripada 30 dana dalam pasaran di bawah Equity Malaysia Income untuk prestasi setahun dengan pulangan sebanyak 18%.

“ PMB DEF juga mencatatkan pulangan 67% untuk tiga tahun dan 57% untuk lima tahun, berakhir 28 Februari 2023.

PMB-An-Nur Waqf Income (PMB-ANWI) pula merupakan dana pertama berasaskan wakaf yang dilancarkan pada 2021 mencatatkan prestasi satu tahun yang menggalakkan sebanyak 17%, berakhir pada 28 Februari 2023.

Tambahnya satu lagi dana PMB Investment dalam kategori Malaysia Mixed Asset untuk satu, tiga dan lima tahun ialah PMB Shariah Tactical Fund (PMB STF) yang merekodkan pulangan sebanyak 10% untuk satu tahun, 46% untuk tiga tahun dan 27% untuk tempoh lima tahun, berakhir 28 Februari 2023.

Dalam pada  itu menurut mahdzir othman PMB Investment juga menguruskan dana yang dilaburkan dalam pasaran global, pasaran serantau dan Greater China.

Dana-dana ini menyediakan pelabur kami cara yang berkesan untuk mendapatkan keuntungan pelbagai di peringkat antarabangsa.

Tambahnya PMB Investment turut telah memenangi dua anugerah berprestij baru-baru ini, iaitu Refinitiv Lipper Malaysia Awards 2023 dan Morningstar Malaysia Awards 2023.

PMB Investment memenangi satu anugerah di peringkat Kumpulan Bersama-sama tiga anugerah individu di Refinitiv Lipper Malaysia Awards 2023, iaitu Best Equity Group – Malaysia Provident Funds, Mixed Asset MYR Flexible Best Fund bagi tempoh lima tahun untuk PMB Tactical Fund (PMB STF) dan PMB Shariah Equity Fund (PMB SEF memenangi Equity Malaysia Diversified Best Fund bagi tempoh tiga dan lima tahun, semuanya berakhir 31 Disember 2022.

PMB Investment turut meraih Best Malaysia Large-Cap Equity (Syariah) Fund pada 2023 Morningstar Awards Malaysia untuk PMB Shariah Tactical Fund (PMB STF).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim berkata, syarikat dalam perancangan untuk memperkenalkan dana berasaskan ESG pada suku ketiga tahun ini untuk pelabur yang teliti.

Beliau menjelaskan, “Kami mendapati terdapat minat pelabur yang semakin meningkat dalam faktor ESG yang mencerminkan pandangan bahawa ia boleh menjejaskan prestasi jangka panjang syarikat tersenarai dan disebabkan itu ia harus diberikan pertimbangan sewajarnya dalam keputusan pelaburan.”

“Analisis ESG telah menjadi perkara yang semakin penting dalam proses pelaburan. Pelabur profesional semakin melibatkan faktor bukan kewangan in sebagai sebahagian daripada proses analisis mereka untuk mengenal pasti risiko dan peluang.

Kami percaya lebih tinggi pemarkahan ESG, ia akan mendapat minat yang lebih tinggi daripada pelabur, dan ia akan mencerminkan penilaiannya.

Secara langsung dan tidak langsung, faktor ESG akan member kesan kepada prestasi dana pada masa hadapan,” jelasnya lagi.

PMB Investment, sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, ialah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC), menguruskan 19 dana unit amanah, termasuk satu dana boron dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas aset ekuiti, campuran dan sukuk.

Sequeira

Related Posts

PETRONAS Lubricants dan IVECO Lanjut Kerjasama Strategik Hingga 2032

KUALA LUMPUR, 9 Julai – PETRONAS Lubricants International (PLI) dan pengeluar kenderaan komersial terkemuka Eropah, IVECO, memperbaharui kerjasama strategik mereka untuk tempoh lima tahun lagi sehingga 2032, sekali gus meneruskan…

Malacca Securities Nilai Saksama ENEST Pada RM0.16, Potensi Kenaikan 23.1% Berbanding Harga IPO

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Malacca Securities Research menetapkan nilai saksama RM0.16 sesaham bagi bakal syarikat tersenarai Pasaran ACE, Enest Group Berhad (ENEST), mewakili potensi kenaikan 23.1% berbanding harga Tawaran…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras