Farm Fresh, UPM perkukuh kerjasama industri tenusu

SERDANG: Farm Fresh Bhd (FFB) melabur RM25 juta sejak 2017 menerusi projek membangunkan Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Ladang Tenusu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengembangkan industri tenusu tempatan, sekali gus membangunkan Pusat Pelancongan Agro untuk menggalakkan generasi muda meminati bidang pertanian.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan FFB, Azmi Zainal berkata, projek dengan UPM berjalan selama enam tahun dan pihaknya kini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membangunkan Pusat Edutourism dalam usaha meningkatkan minat mahasiswa menceburi industri tenusu. 

Katanya, kerjasama pemain industri dalam kampus membolehkan pelajar mengikuti latihan industri dan menimba pengalaman di FFB serta mempersiapkan diri untuk bersaing dalam dunia pekerjaan. 

“Kerjasama projek FFB dengan UPM sudah berjalan selama enam tahun dan pertukaran dokumen ini masuk perjanjian kedua (lima tahun) dan sentiasa ada proses penambahan di ICOE Tenusu UPM-Farm Fresh. 

“Dengan perbelanjaan besar yang mana kami sudah melabur RM25 juta setakat ini dan walaupun ini ladang terkecil Farm Fresh, namun ia menjadi ladang terbesar di Selangor dengan 500 ekor lembu,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media di majlis menandatangani MoA bersama UPM bagi membangunkan Pusat Edutourism di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir menyaksikan pertukaran dokumen.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya juga dari masa ke masa menambah input baru di ICOE Tenusu UPM-Farm Fresh dan dijadikan pusat pembelajaran. 

“Ini membolehkan mereka yang datang ke sini bukan sahaja boleh melihat proses tenusu tetapi juga pelbagai aktiviti lain seperti ladang sayur, dusun, perikanan, ikan hiasan dan kambing. 

“Jadi, ia adalah secara menyeluruh dan kerjasama dengan UPM bukan hanya dalam bidang ternakan tetapi juga bidang pemasaran, perniagaan, pelancongan dan sains makanan,” katanya. 

Azmi berkata, setakat ini seramai 58 pelajar UPM sudah diserap bekerja dengan syarikat itu membabitkan pelbagai bidang dan melalui MoA terbabit, FFB menjangkakan lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan selain membantu pelajar belajar sambil bekerja dengan bayaran RM10 sejam.

Sementara itu, Dr Mohd Roslan berkata, perjanjian itu meliputi bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, aktiviti keusahawanan pelajar serta latihan kemahiran berkaitan untuk kakitangan UPM.

“Inisiatif ini juga secara tidak langsung mendukung Matlamat ke-3 Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Melestarikan Ekosistem Jaringan Indusri dan Masyarakat,” katanya.

  • Sequeira

    Related Posts

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KUALA LUMPUR: CelcomDigi Bhd dan Maxis Bhd masing-masing membayar RM327.87 juta bagi memperoleh pegangan saham milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dalam Digital Nasional Berhad (DNB) serta menyelesaikan pinjaman tertunggak…

    • Utama
    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    PUTRAJAYA — Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dengan Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    • March 6, 2026
    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal