PM Anwar mahu kemiskinan tegar di Sabah dinoktahkan sebelum akhir Julai

PENAMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kemiskinan tegar di Sabah, dinoktahkan sebelum akhir Julai tahun ini.

Beliau yang memberi keutamaan kepada usaha menoktahkan kemiskinan khususnya di Sabah, yakin sasaran tersebut mampu dicapai berikutan bilangan ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di negeri itu menurun daripada 20,000 kepada 9,000, setakat ini.

Isu kemiskinan tegar di Sabah menurut Anwar, adalah lebih serius berbanding negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor, justeru kerjasama bersepadu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diterus diperkukuh ke arah menyelesaikan masalah tersebut.

“Kemiskinan tegar ini maknanya uniform sekolah tidak mampu dibeli, makan minum atau susu untuk bayi mungkin ada masalah (untuk membeli), sebab itu tanggungjawab kerajaan Persekutuan bersama negeri untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

“Kita mahu menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai 2024. Ini keutamaan kita, kita boleh bincang pelbagai hal tetapi kalau anak-anak kita, keluarga kita tidak cukup makan, itu tanggungjawab yang kita (perlu) selesaikan,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzli; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Hari ini merupakan hari penutup bagi Pesta Kaamatan dengan sambutan telah bermula dengan majlis pembukaan di Ranau pada 1 Mei, pesta menuai yang kini berevolusi menjadi pesta perpaduan disambut masyarakat berbilang latar belakang di Sabah, juga seluruh negara.

Anwar kemudiannya dijadual menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kapayan di sini sebelum bertolak ke Labuan.

Di Labuan, Anwar dijadual menghadiri Sesi Santai Komuniti di Jeti Terminal RORO Feri Kenderaan bagi menyantuni penduduk di kawasan itu dan mengakhiri lawatannya dengan menghadiri Sesi Taklimat Smart Labuan City di Wisma Perbadanan Labuan. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

  • July 12, 2025
MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

  • July 12, 2025
Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham

  • July 11, 2025
SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham