Stoking Kalimah Allah: Pengasas Dan Pengerusi KK Mart Dilepas Dan Dibebas

  • Kes
  • July 15, 2024

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Selain itu, tiga pengarah syarikat pembekal stoking berkenaan, Xin Jian Chang Sdn Bhd turut mendapat perintah DNA selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan ke atas lima individu berkenaan.

Untuk rekod, dua syarikat dan lima individu ini mengemukakan representasi pada 17 Mei lalu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes berkenaan.

Pada 26 Mac lalu, Chai dan Loh yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah atas masing-masing satu pertuduhan, sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan, yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada jam 6.30 pagi 13 Mac lalu, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chai yang juga mewakili syarikatnya KK Supermart & Superstore turut didakwa atas pertuduhan sama.

Sementara itu, syarikat pembekal yang mengedar barangan kepada KK Super Mart iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarahnya, didakwa atas masing-masing satu pertuduhan bersubahat melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pembekal itu ialah tiga beranak, suami, Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

KK Supermart dan syarikat pembekal didenda RM60,000

Dalam perkembangan yang sama, Syarikat Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dan syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd masing-masing didenda RM60,000 oleh Mahkamah atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, pada Mac lalu.

Hakim Muhamad Anas Mahadzir memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan terdapat perkembangan baharu berhubung kes berkenaan.

Susulan itu beliau mohon pertuduhan dibacakan semula terhadap semua tertuduh.

Sebaik pertuduhan dibacakan, wakil KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Tee Kok Hiem selaku pengurus besar syarikat itu mengaku bersalah manakala Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Hui San turut membuat pengakuan sama.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026