Dua pengurus bank antara 10 individu ditahan berkait kes curi RM24.2 juta dari akaun pelanggan MBSB

  • Kes
  • July 25, 2024

KUALA LUMPUR: Sepuluh individu termasuk dua daripadanya pengurus bank didakwa di Mhakamah Sesyen Kot Kinabalu hari ini dikaitkan dengan pengeluaran wang RM24.2 juta dariipada beberapa akauan simapanan tetap pelanggan bank MBSB.

Selain dua pengurus bank lapan lagi individu itu termasuk seorang kontraktor, guru didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang melakukan kesalahan berat bagi mendapatkan faedah material dipimpin oleh seorang kontraktor.

Memetik laporan BH, 10 individu itu ialah Subramaniam Thangavelu, 56; Josepin J Langkan, 38; Nasir Abdul Rasid, 60; Irene Chin Nyuk Thien, 38; Christina @ Caroline Pianus Etip, 53; Sugumaran K Ponniah, 56; Vireonis Jonok, 35; Leong Hin Ping, 62; Hasran Magin, 46, dan Mazlani Jenuary, 53.

Irene dan Christina ialah pengurus cawangan bank, Subramaniam (guru), Josepin (kontraktor), Nasir dan Hin Ping (pesara), Sugumaran (bekerja sendiri), Vireonis dan Mazlani (penganggur) serta Hasran (nelayan).

Lapor BH, mereka didakwa di hadapan Hakim Amir Syah Amir Hassan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Semua individu berkenaan didakwa melakukan jenayah terbabit antara 26 April dan 10 Julai lalu di cawangan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) di sini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 13 September depan untuk sebutan semula dan tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail dan Maryam Jamielah Ab Manaff, manakala semua tertuduh kecuali Hasran diwakili peguam.

Pada Selasa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilapor berkata, pengurus bank antara 10 individu terbabit sindiket curi wang deposit tetap milik pelanggan berjumlah RM24.7 juta akan dituduh, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini, polis menahan 14 individu berusia antara 26 hingga 63 tahun mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tindakan itu selepas pasukan penyiasat berjaya mengenal pasti wujud elemen kumpulan jenayah terancang dalam sindiket itu yang bertindak secara bersama bagi mendapatkan faedah ‘material’.

Menurut Ramli lagi, sindiket itu memulakan perancangan sejak penghujung 2023 dan mula bertindak pada Mac hingga Jun tahun ini, didapati mempunyai niat dan perancangan rapi.

Beliau menambah, kumpulan itu berjaya menghasilkan kad pengenalan palsu yang boleh digunakan dalam urusan bank sehingga mampu memanipulasi alat pengimbas cap jari yang digunakan pihak bank.

Terdahulu pada 15 Jun lalu, media melaporkan seorang kakitangan bank ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.7 juta.

Polis menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank awal Jun lalu di Petaling Jaya, Selangor, yang menyedari pengeluaran wang secara tunai mencurigakan di Kota Kinabalu, membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.

Berikutan itu, seramai 14 individu ditahan pada mulanya, termasuk empat pegawai bank dan ahli perniagaan bergelar Datuk di beberapa serbuan di Sabah dan Perlis.

Bank Negara Malaysia (BNM) pula meminta pemulangan segera wang kepada pemegang akaun terjejas dan pada 24 Jun lalu, MBSB Bank memaklumkan sudah memulangkan semula wang daripada empat akaun simpanan tetap berjumlah RM24.2 juta yang dicuri.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026