Pembelaan mahu pertuduhan dibuat ke atas Bekas Pengarah Revenue Group diteliti semula

  • Kes
  • October 25, 2024

KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan yang mewakili Bekas Pengarah Revenue Group yang berdepan 12 pertuduhan pemalsuaan dokumen dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat berjumlah RM13.829 juta, memohon representasi untuk meneliti semula pertuduhan yang dibuat terhadap tertuduh.

Di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mewakili pembelaan berkata terdapat keperluan untuk mengkaji semula kes terhadap Ng Shih Chiow, 51, memandangkan terdapat perkembangan terbaru membabitkan surat akuan bersumpah dan laporan polis oleh saksi.

“Pihak pembelaan perlu untuk mengemukakan representasi berdasarkan perkembangan terbaharu kerana saya percaya saksi ini merupakan saksi utama terhadap kes ini.

“Jadi berdasarkan daripada surat akuan bersumpah yang dibuat ada keperluan saya rasa memberi peluang kepada pihak pendakwaan untuk mengkaji semula tuduhan terhadap tertuduh. Ini kerana sebelum ini saya percaya pertuduhan itu dibuat berdasarkan keterangan yang diberikan sebelum ini.

“Namun demikian, berdasarkan surat akuan bersumpah baharu yang dikemukakan nampak berbeza, oleh itu pihak pembelaan mengemukakan representasi agar pihak pendakwaan dapat menilai secara keseluruhan kes ini semula,” katannya.

Dzulkifli berkata demikian selepas saksi Cheng Choon Choon, 53, menolak kenyataan saksi bertulis yang telah ditandatanganinya sebelum ini.

Beliau turut berhujah bahawa keterangaan saksi adalah asas kepada pertuduhan dan percanggahan ini memberi kesan langsung terhadap kes.

Pada awal prosiding, peguam pemerhati mewakili saksi, Davey Wan mengemukakan kenyataan bersumpah dan laporan polis berhubung keterangan saksi yang dikemukakan sebelum ini bukan disediakan oleh saksi.

Selain itu, Davey turut memberitahu mahkamah bahawa saksi tidak fasih bahasa Melayu dan memerlukan kenyataan saksi dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya, Aznika Mohd Anas, menegaskan bahawa kenyataan saksi itu disedia dan ditandatangani oleh saksi sendiri.

Pada masa sama, Aznika memohon mahkamah agar memberi masa untuk pihak pendakawaan mengemukakan semula kenyataan saksi dalam bahasa Inggeris dalam tempoh dua minggu dari tarikh kes ditetapkan semula.

“Kami telah dapat pengesahan daripada beliau (saksi) memang beliau (saksi) tidak berapa fasih bahasa Melayu dan berdasarkan pada dia punya akreditasi dan laporan polis yang telah di kemukakan oleh peguam pemerhati sebentar tadi.

“Pihak kami perlu mengadakan satu penyataan saksi dalam bahasa Inggeris berdasarkan pernyataan saksi yang kami serahkan kepada pihak pembelaan sebelum ini.

“Kami juga perlu siasat balik pada surat akuan bersumpah dan juga laporan polis yang dibuat oleh saksi berkenaan dengan kes ini,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan semula perbicaraan kes pada 25 November.

Sebelum ini, corporate kini melaporkan Ng Shih Chiow, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Tertuduh diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad dan Dzulkifi Ahmad, yang juga bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Aznika Mohd Anas, Mohd Shahrom Idris dan Maziah Mohaide.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat