NSRC sekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian – PM

  • News
  • December 3, 2024

KUALA LUMPUR: Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berjaya menyekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian dan menyita sejumlah RM6 juta setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia merupakan antara kejayaan NSRC yang melibatkan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.

“Semenjak penubuhan NSRC sehingga Oktober 2024, sebanyak 140,474 panggilan telah diterima oleh NSRC yang merangkumi sebanyak 69,000 panggilan melibatkan laporan kes penipuan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengkaji semula lesen pinjaman wang di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan bagaimana kerajaan boleh menoktahkan isu penipuan dan manipulasi dalam pentadbiran bank.

Anwar berkata kerugian akibat jenayah dalam talian sebanyak RM1.224 bilion direkodkan dari Januari hingga Oktober lepas, merangkumi penipuan dalam talian (online scam), jenayah telekomunikasi, e-kewangan, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.

Beliau berkata bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan, lebih 1.4 bilion panggilan meragukan dan 1.2 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tidak diminta juga berjaya disekat oleh syarikat telekomunikasi.

“Kementerian Komunikasi menerusi MCMC berjaya menamatkan 118,184 talian dan menyekat akses kepada 9,474 laman palsu yang telah dikesan,” katanya.

Perdana Menteri turut menzahirkan kebimbangan dengan statistik menerusi portal Semak Mule yang menunjukkan sehingga 31 Oktober lepas, sebanyak 181,628 nombor telefon, 222,092 nombor akaun bank dan 1,395 nama syarikat direkodkan melibatkan penipuan jenayah dalam talian.

“Portal ini banyak membantu kerana dengan laporan 32,066,000 carian telah dibuat dan 22,200,984 memberi jawapan positif, maknanya ada usaha memindahkan wang mereka kepada akaun mule tapi banyak terselamat kerana digerakkan, kerana kita gunakan portal Semak Mule menerusi https://semakmule.rmp.gov.my,” katanya.

Antara langkah lain yang turut diambil bagi menangani isu jenayah dalam talian termasuk pindaan kepada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), selain menggubal Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian (ONSA), serta tindakan berterusan oleh NSRC.

Menjawab soalan asal Suhaizan berhubung punca kenaikan kes dan langkah pencegahan terhadap 361 kes disyaki terbabit dalam jenayah pinjaman wang tidak berlesen dalam tempoh sembilan hari bermula 4 November lepas, Perdana Menteri berkata jumlah berkenaan melibatkan kejayaan Op Vulture, iaitu operasi bersepadu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang berjalan serentak seluruh negara bermula 4 hingga 12 November.

“Oleh kerana penyelarasan di bawah JSJK menyebabkan tindakan segera diambil. Isunya memang serius kerana mengikut rekod ASEAN, seluruh jenayah scam itu bernilai US$64 bilion,” katanya.

Anwar berkata sebanyak tujuh premis syarikat pemberi pinjaman wang berlesen telah diserbu kerana melanggar Peraturan 15A(b) Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Pelesenan) (Pindaan) 2024.

“Syarikat tersebut memegang kad ATM peminjam, ini yang menyulitkan. Seksyen disebut itu termasuk Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Seksyen 436 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan & Pelesenan) (Pindaan) 2024,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras