KWSP umum dividen konvensional 5.35 peratus, shariah 4.75 peratus

SHAH ALAM: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, mengumumkan agihan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2022.

Kadar dividen itu lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah.

Kadar itu juga adalah terendah sejak 2020 bagi Simpanan Konvensional (5.20 peratus) dan terendah bagi Simpanan Shariah, sejak skim ini mula diperkenalkan pada 2017.

Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata, jumlah pembayaran bagi keseluruhan dividen bagi 2022 adalah sebanyak RM51.14 bilion kepada 15 juta ahli, dengan Simpanan Konvensional sebanyak RM45.44 bilion, manakala Simpanan Shariah sebanyak RM5.7 bilion.

Beliau memaklumkan, setakat 31 Disember 2022, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih rendah sebanyak RM55.33 bilion, berbanding RM68.89 bilion pada 2021, didorong ketidaktentuan pasaran dan penilaian pasaran ekuiti dan pendapatan tetap yang lebih lembab.

Pada 2022, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM55.33 bilion, dengan RM6.83 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Shariah.

Dari segi pendaftaran ahli pada 2022, Amir Hamzah memaklumkan, KWSP mencatat pertumbuhan pendaftaran ahli baharu sebanyak 635,989, menjadikan jumlah ahli KWSP kepada 15.72 juta setakat Disember 2022.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 8.39 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 16.7 juta tenaga buruh Malaysia pada akhir 2022,” katanya.

  • Infante

    Related Posts

    Prospek Ringgit Cerah, Penganalisis Jangka Pengukuhan Berterusan Hingga Pertengahan 2026

    KUALA LUMPUR — Mata wang ringgit dijangka terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang, dengan potensi untuk mengukuh ke paras sekitar RM3.93 berbanding dolar Amerika…

    Emas catat lonjakan luar biasa, prestasi terbaik hampir lima dekad

    Pasaran logam berharga dunia mencatat sejarah baharu apabila harga emas berada di landasan untuk merekodkan prestasi tahunan terbaik dalam hampir 50 tahun, didorong gabungan faktor monetari, geopolitik dan permintaan pelaburan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    • January 23, 2026
    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    • January 20, 2026
    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    • January 18, 2026
    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    • January 18, 2026
    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    • January 16, 2026
    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

    • January 16, 2026
    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan