KDN berdepan tuntutan RM1.57 bilion gagal urus kontrak Bestinet

  • News
  • March 6, 2025

KUALA LUMPUR: Kegagalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memuktamadkan kontrak Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) mendedahkannya kepada tuntutan undang-undang sebanyak RM1.57 bilion daripada pembekalnya, Bestinet Sdn Bhd.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporan susulan yang dibentangkan di Parlimen hari ini berkata, terma kontrak utama termasuk struktur yuran didapati tidak dimuktamadkan walaupun KDN mengeluarkan surat setuju terima (SST) pada 2018.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memberitahu bahawa tuntutan Bestinet adalah berdasarkan kehilangan hasil sebanyak RM1.32 bilion dan faedah berjumlah RM252 juta yang sepatutnya dikutip melalui FWCMS dari 1 April 2018 hingga 31 Mei 2024.

Beliau berkata, ia menyebabkan Bestinet mengemukakan tuntutan yang disemak sebanyak RM230 bagi setiap pekerja, dan membawa kepada rundingan dengan kerajaan menyelesaikan RM215 bagi setiap pekerja iaitu lebih dua kali ganda daripada RM100 dalam perjanjian asal.

“Perjanjian tersebut juga termasuk lanjutan kontrak selama tempoh enam tahun sehingga 31 Januari 2031,” katanya dalam kenyataan.

“Caj kutipan sebanyak RM215 adalah berdasarkan kepada RM130 untuk pemulihan dari 2018 hingga 2024 manakala yuran RM85 untuk kos operasi dari 2025 hingga 2031, termasuk kos ekuiti dan perbelanjaan operasi lain.”

Pada 6 November 2024, Mas Ermieyati berkata, PAC memulakan prosiding tindakan susulan berhubung isu perolehan FWCMS yang berdasarkan Arahan Perbendaharaan 304 (b) pindaan 2023.

Terdahulu pada Jun tahun tersebut, kerajaan mengesahkan bahawa ia telah melanjutkan kontrak Bestinet yang dilanda kontroversi untuk menyediakan sistem teknologi maklumat (IT) bagi pengambilan pekerja asing.

Langkah itu diteruskan walaupun Laporan Ketua Audit Negara 2022, dikeluarkan pada tahun berikutnya, mendedahkan bahawa tiada perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan dan Bestinet, sekali gus bermakna hak kerajaan tidak jelas.

Bestinet sebelum ini mempunyai kontrak selama enam tahun dengan kementerian tersebut untuk membangunkan, membekal, menyediakan dan menyelenggara FWCMS, yang mengikut jadual telah berakhir pada 31 Mei 2024.

Bagi mengelakkan isu berlanjutan, Mas Ermieyati berkata, PAC telah menggesa KDN untuk menjelaskan mekanisme kutipan yuran dan kaedah pembayaran untuk Bestinet serta mengoptimumkan penggunaan FWCMS sehingga 2031.

“KDN mesti meningkatkan langkah keselamatan siber, termasuk sistem dan perlindungan data, kerana FWCMS diuruskan oleh Bestinet. Kerajaan pula hari mematuhi sepenuhnya prosedur perolehan dan semua peraturan sedia ada dikuatkuasakan,” katanya. – DagangNews.com

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028