Pengasas LVMH, Bernard Arnault paling kaya di dunia, atasi Elon Musk

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan Twitter, Elon Musk hari ini sekali lagi kehilangan status sebagai manusia paling kaya di dunia selepas memegang gelaran itu buat seketika pada awal minggu ini.

Kekayaan bersih Musk bernilai AS$176 bilion setakat hari ini, selepas kehilangan kira-kira AS$7.71 bilion, demikian menurut Bloomberg Billionaires Index.

Dengan kedudukan semasa, pengasas LVMH, Bernard Arnault memperoleh semula gelaran sebagai manusia paling kaya di dunia.

Arnault memiliki kekayaan bersih AS$187 bilion, selepas menambah sebanyak AS$710 juta lagi.

Mengikut senarai terkini Forbes Real-Time Billionaires, nilai bersih semasa Musk kini mencecah AS$186.9 bilion, manakala kekayaan peribadi Arnault berjumlah AS$211.2 bilion.

Musk menguasai senarai kekayaan bagi sebahagian besar 2022 berikutan pegangan tingginya dalam saham Tesla yang melonjak kira-kira 100 peratus berikutan penjualan serta permintaan pelabur.

Trend peningkatan kekayaan bersih Musk berterusan sebelum terjejas pada Disember apabila harga saham Tesla jatuh kira-kira 65 peratus.

Arnault dan Musk diikuti oleh pengasas Amazon dan Blue Origin, Jeff Bezos; pengasas bersama Microsot, Bill Gates; pelabur hartawan, Warren Buffett; dan pengasas bersama Oracle, Larry Ellison dalam senarai manusia paling kaya di dunia.

Bezos, Gates, Buffett, dan Ellison masing-masing mempunyai kekayaan bersih sebanyak AS$116 bilion, AS$114 bilion, AS$107 bilion, dan AS$100 bilion, mengikut Bloomberg Billionaires Index.

  • Infante

    Related Posts

    OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

    KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00%. Keputusan mengekalkan kadar penanda aras bagi kadar pinjaman…

    BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3%

    KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus Khamis ini. Memandangkan kadar itu masih di bawah pada awal 2019, Moody’s Analytics…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

    • September 6, 2024
    Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

    OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

    • September 5, 2024
    OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

    Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

    • September 5, 2024
    Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    • September 5, 2024
    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

    • September 5, 2024
    Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

    Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

    • September 5, 2024
    Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar