Bursa Malaysia hanya naik seketika pagi ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka agak tinggi pada sesi awal dagangan pagi ini tetapi susut beberapa minit kemudian meskipun Wall Street bergerak rancak semalaman selepas pasaran menjangkakan pencapaian positif daripada rundingan siling hutang Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlangsung, kata seorang peniaga.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.49 mata kepada 1,422.85 daripada 1,424.34 pada penutup Rabu.

Indeks barometer dibuka 0.40 mata lebih tinggi pada 1,424.74.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 158 berbalas 120, manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,734 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 236.98 juta unit bernilai RM93.64 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, rundingan berterusan mengenai siling hutang AS menyumbang kepada prestasi kukuh semalaman Wall Street sambil menambah pasaran juga telah mengurangkan pendedahan kepada emas.

Bagi komoditi, harga minyak mentah Brent melonjak melebihi AS$75 satu tan manakala minyak sawit mentah turun di bawah paras RM3,500 satu tan dan harga emas pula susut di bawah AS$2,000 seaun.

“Berikutan prestasi positif Wall Street, kami percaya peniaga mungkin melihat sektor yang lebih berisiko tidak lama lagi,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing naik dua sen kepada RM8.73 dan RM7.00, TNB susut 12 sen kepada RM9.63 dan CIMB turun satu sen menjadi RM4.97 manakala Public Bank tidak berubah pada RM3.96.

Bagi saham aktif, Revenue dan Dagang NexChange naik satu sen setiap satu kepada 32 sen dan 46.5 sen, YTL Corporation turun satu sen menjadi 74 sen, manakala Bahvest Resources, Classita dan Meta Bright tidak berubah, masing-masing mencatatkan 11.5 sen, 15 sen dan 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 6.61 mata kepada 10,434.83, Indeks FBMT 100 susut 7.24 mata menjadi 10,129.28, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 12.47 mata kepada 10,799.19 dan Indeks FBM ACE lemah 3.58 mata kepada 4,993.20.

Bagaimanapun, Indeks FBM 70 meningkat 4.31 mata kepada 13,588.33.

Bagi segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.02 mata kepada 166.44, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 7.23 mata kepada 15,512.84 dan Indeks Tenaga menambah 3.06 mata kepada 837.63.

Indeks Perladangan bagaimanapun turun 27.25 mata kepada 7,021.17.

  • Coelho

    Related Posts

    • Pasaran
    • September 25, 2024
    • 76 views
    Ringgit terus meningkat, RM4.14 berbanding dolar AS

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi. Keadaan ini disumbangkan…

    • Pasaran
    • September 5, 2024
    • 147 views
    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia agak rendah sedikit pada tengah hari, terjejas disebabkan penjualan saham-saham YTL. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,668.84…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    • October 4, 2024
    CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    • October 4, 2024
    IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    • October 3, 2024
    Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    • October 3, 2024
    Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    • October 3, 2024
    MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

    • October 2, 2024
    Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia