Agong sempurna pecah tanah surau IPD Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: LBS Bina Group Bhd, (LBS) pemaju perumahan terkemuka semalam mengadakan majlis pecah tanah surau baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands (IPDCH) yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,

Antara tetamu kehormat yang turut hadir termasuk Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Ketua Polis Negara, imbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Ketua Polis Pahang, Datuk Seri bin Mohamed Yoosuf, dan Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Seri Daniel Lim.

Projek pembinaan surau berkenaan bakal menelan kos yang dianggarkan sekitar RM5 juta dengan keluasan lantai 6,016 kaki persegi, termasuk kemudahan surau.

Dengan keluasan tanah seluas satu ekar, surau ini boleh memuatkan kapasiti jemaah seramai 200 orang.

Surau baharu itu bakal dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya bilik siar raya (AV), bilik Imam, tandas lelaki dan wanita, halaman terbuka, kolah wuduk, bilik mesyuarat, bilik jenazah, tempat letak kenderaan van jenazah, ruang dapur dan ruang makan.

Bagi kemudahan parkir, surau berkenaan juga akan mempunyai 62 tempat letak kereta, termasuk dua tempat letak kenderaan bagi orang kurang upaya dan 15 lot motosikal.

“Kami amat berbesar hati di atas kesudian Baginda Tuanku dan Baginda Permaisuri hadir mencemar duli dan berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah.

“Surau baharu ini bakal menjadi tempat ibadah kepada komuniti setempat khususnya kakitangan IPD Cameron Highlands selain digunakan untuk pelbagai aktiviti berkaitan yang menjurus ke arah penyatuan masyarakat,” kata Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, projek pembinaan surau ini juga adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) LBS untuk mewujudkan impak positif dalam kalangan komuniti.

“Sebagai pemaju di Cameron Centrum, sebuah projek pembangunan komersial, kami percaya bahawa dengan pembinaan surau yang dilengkapi kemudahan yang bersesuaian dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat IPDCH di samping menyokong pembangunan di Cameron Highlands.

“Syarikat yakin terhadap pelaburan yang memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat kerana ia memberi kesan yang positif kepada negara, sejajar dengan visi kami untuk terus konsisten di dalam ‘Memperkasa Individu, Meningkatkan Komuniti’,” tambahnya.

LBS mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam pembangunan hartanah di seluruh Malaysia.

Cadangan pelaksanaan surau di IPDCH ini dijangka akan menjadi nilai tambah kepada portfolio syarikat di samping memberi kemudahan untuk kegunaan masyarakat setempat.

  • Infante

    Related Posts

    Pelantikan Sultan Johor sebagai Agong ke-17 pemangkin sentimen positif pelabur di dalam sektor hartanah dan infrastruktur

    KUALA LUMPUR: Pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, disifatkan menjadi satu daripada pemangkin memperkasa semula pembangunan infrastruktur dan hartanah, khususnya di Johor. Firma penyelidikan…

    Kenaikan OPR beri sedikit impak negatif kepada sektor hartanah, kata MIDF Research

    KUALA LUMPUR: MIDF Research mengunjurkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) pada Mei 2023 memberi sedikit impak negatif kepada sektor hartanah kerana ansuran pinjaman perumahan yang lebih tinggi. Firma itu menganggarkan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

    • April 7, 2025
    Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

    U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

    • April 7, 2025
    U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    • March 27, 2025
    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    • March 25, 2025
    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO