Siti Nurhaliza bakal meriahkan Festival Usahawan Gempak

SHAH ALAM — Seramai 150 usahawan tempatan serta artis ternama tanah air bakal mengambil bahagian dalam Festival Usahawan Gempak 2023 yang akan berlangsung di Stadium Malawati di sini pada 7 hingga 9 April.

Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec) menerusi satu kenyataan berkata selain itu jenama terkenal seperti SimplySiti, Farm Fresh, Siti Khadijah, Kekaboo, Hush Puppies, Wonderlab (CUCKOO), CK Rahim, Obermain, Samu Giken, Inai Scarves, dan Absolut Chocolat akan turut membuat jualan di festival tersebut. 

Katanya para pengunjung turut berpeluang menemui personaliti popular seperti penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Bhd Azmi Zainal atau juga dikenali sebagai Bos Susu, Lah Ahmad serta ramai lagi selain disajikan dengan persembahan para artis terkenal tanah air.  

“Orang awam juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang menarik seperti motosikal, televisyen dan iPad serta baucar Rahmah berjumlah RM40,000 yang akan diagihkan kepada pengunjung yang hadir,” menurut kenyataan itu. 

Menurut Sidec festival tiga hari yang bermula 10 pagi hingga lewat malam itu menempatkan 200 ruang pameran dan dijangka seramai 25,000 pengunjung akan membanjiri festival tersebut.

Sidec berkata pengunjung juga diberi peluang untuk menyaksikan festival ‘live-stream’ di studio strim langsung yang akan dikendalikan oleh Lazada selama tiga hari berturut-turut di dalam kawasan festival.

Menurut kenyataan itu lagi, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan menyampaikan Anugerah Usahawan Gempak kepada 10 usahawan tempatan berimpak tinggi pada 8 April.

“Festival ini merupakan satu daripada tiga kempen di bawah Smart Raya Selangor 2023 iaitu Festival Usahawan Gempak, Bazar Ramadan Cashless dan Anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchant (ECM) Awards Edisi Kelapan.

“Inisiatif ini bagi mencipta budaya digitalisasi dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi digital dalam perniagaan menerusi penggunaan e-dompet secara meluas, perniagaan dari luar talian ke dalam talian serta platform e-dagang,” katanya.

Program itu ditaja oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan disokong oleh AFFIN Bank sebagai rakan bank rasmi, Wavpay (rakan E-Dompet), Yes 5G (rakan Telco 5G rasmi) dan SUBPLACE serta Lazada (rakan E-Dagang) dan ia turut mendapat sokongan daripada agensi kerajaan negeri.

Orang ramai boleh mendapatkan info terkini mengenai Festival Usahawan Gempak di semua media sosial Sidec (@sidecmy).

Sequeira

Related Posts

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

KUALA LUMPUR: Malaysia is set to make history as the host of the world’s largest Post-Quantum Cryptography (PQC) Conference, scheduled to take place from 28 to 30 October at the…

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mencatat sejarah sebagai tuan rumah Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum (PQC) terbesar dunia, yang dijadual berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober ini di Connexion Conference & Event Centre…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah