Akur permintaan Rakyat, Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai SSPN

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu RM8,000 bagi simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.

Keputusan itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara hari ini, sehari selepas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi memaklumkan, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu hingga RM8,000 mulai Tahun Taksiran 2023.

Perdana Menteri yang mengumumkan demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, menegaskan beliau bersetuju melanjutkan pelepasan cukai berkenaan selepas mendengar keresahan disuarakan rakyat dan teguran kepada kerajaan.

“Jumlah ini bukan jumlah B40. Ini jumlah pendapatan orang yang lebih sederhana. Bagaimanapun, kerana maksudnya adalah pendidikan dan belanja pendidikan kian meningkat, sebab itu kita beri kelonggaran ini,” katanya.

Semalam, Mohd Nizom pada satu sidang media, menjelaskan kerajaan membuat keputusan tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN susulan pelbagai alasan.

“Kerajaan sebelum ini, memang beri potongan cukai kepada pencarum SSPN sebagai galakan, terutama kepada ibu bapa untuk mencarum bagi pendidikan anak mereka dengan kemudahan ini disambung beberapa kali hingga 2022.

“Namun, ia dihentikan tahun ini. Kalau simpan (SSPN) tahun ini, tiada potongan cukai atau ‘relief’ pada tahun hadapan. Keputusan ini dibuat kerajaan atas dasar dan keadaan bersesuaian,” katanya.

Bagaimanapun, pelbagai pihak tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan, antara lain melahirkan rasa khuatir ia boleh memberi implikasi besar, terutama kepada keluarga daripada golongan pertengahan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pelanjutan pelepasan itu memberi manfaat kepada hampir 400,000u pembayar cukai dalam kategori T20 dan M40.

Katanya, negara itu akan kehilangan hasil kira-kira RM250 juta untuk tempoh berkenaan.

Semalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengatakan langkah kerajaan tidak melanjutkan insentif cukai ke atas SSPN sebagai keputusan ke belakang dan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu bapa, khususnya dalam kelompok M40 untuk terus mencarum.

Presidennya, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi, berkata kerajaan sepatutnya mengekalkan pelepasan cukai individu bagi pencarum SSPN sebagai galakan ibu bapa muda terutama M40 untuk menyimpan bagi tujuan pendidikan anak mereka.

  • Sequeira

    Related Posts

    Bursa Malaysia Tegur Keras Reneuco, Lima Pengarah Dikenakan Tindakan Susulan Kelewatan Laporan Tahunan

    KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Berhad telah mengenakan teguran awam (public reprimand) terhadap Reneuco Berhad (RENEUCO) serta lima pengarahnya atas pelanggaran Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MAIN Market Listing Requirements –…

    Rombakan Bukit Aman: Datuk Fazlisyam Ambil Alih Unit AMLA

    KUALA LUMPUR— Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan perubahan kepimpinan strategik apabila Datuk Fazlisyam Abdul Majid dilantik mengetuai Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), sebuah unit yang berperanan penting dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Bursa Malaysia Tegur Keras Reneuco, Lima Pengarah Dikenakan Tindakan Susulan Kelewatan Laporan Tahunan

    • January 10, 2026
    Bursa Malaysia Tegur Keras Reneuco, Lima Pengarah Dikenakan Tindakan Susulan Kelewatan Laporan Tahunan

    Prospek Ringgit Cerah, Penganalisis Jangka Pengukuhan Berterusan Hingga Pertengahan 2026

    • January 9, 2026
    Prospek Ringgit Cerah, Penganalisis Jangka Pengukuhan Berterusan Hingga Pertengahan 2026

    Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

    • January 9, 2026
    Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

    Ditentang Sebahagian Pemegang Saham, Lim Wee Chai Kekal Pengerusi Top Glove

    • January 9, 2026
    Ditentang Sebahagian Pemegang Saham, Lim Wee Chai Kekal Pengerusi Top Glove

    Rombakan Bukit Aman: Datuk Fazlisyam Ambil Alih Unit AMLA

    • January 7, 2026
    Rombakan Bukit Aman: Datuk Fazlisyam Ambil Alih Unit AMLA

    Isu lot tanah rizab Melayu Perak: Kronologi Kontroversi Penahanan Doo Jee Ming CEO Lagenda Properties Bhd- Status kes terkini?

    • January 4, 2026
    Isu lot tanah rizab Melayu Perak: Kronologi Kontroversi Penahanan Doo Jee Ming CEO Lagenda Properties Bhd- Status kes terkini?