Nextgreen jalin kerjasama urus 20 pusat pengumpulan, pemprosesan sisa sawit

KUALA LUMUR: Anak syarikat milik penuh Nextgreen Global Bhd, Nextgreen Biomass Sdn Bhd menandatangani perjanjian pemegang saham untuk membangun dan menguruskan 20 pusat pengumpulan dan pemprosesan sisa kelapa sawit di seluruh Malaysia.

Perjanjian itu dimeterai dengan Greentech Malaysia Alliances Sdn Bhd (GTMASB), Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Bhd (Koop Sahabat) dan Koperasi Perkhidmatan Setia Bhd.

Pengarah Urusan Nextgreen Global, Datuk Lim Thiam Huat, berkata perjanjian itu bertujuan mewujudkan usaha sama menerusi syarikat tujuan khas (SPV) yang dipanggil GTC Biomass Bhd dengan Nextgreen Biomass memegang 65 peratus kepentingan ekuiti, GTMASB sebanyak 10 peratus, Koop Sahabat dengan 18 peratus manakala Koperasi Perkhidmatan Setia Bhd pula tujuh peratus.

Dalam satu sidang media pada Isnin, beliau berkata Nextgreen Biomass akan menyediakan peluang pelaburan bagi membina pusat itu, dan melalui syarikat berkaitannya, Nextgreen Pulp & Paper Sdn Bhd, ia bertanggungjawab membeli semua sisa atau derivatif kelapa sawit dari pusat itu.

“Kami menyasar untuk membina empat pusat pertama dalam tempoh dua tahun akan datang. Setiap pusat pengumpulan dan pemprosesan itu akan mempunyai kapasiti untuk menampung sehingga 450,000 tan tandan buah kosong proses setiap tahun.

“Kami akan melabur kira-kira RM50 juta bagi setiap satu pusat itu,” katanya.

Thiam Huat berkata, 10 daripada 20 kemudahan itu akan dibangunkan di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing lima pusat di Sabah dan Sarawak dengan semuanya dijangka siap dalam tempoh enam hingga tujuh tahun akan datang.

Empat pusat pertama telah dikenal pasti akan dibina di Gua Musang, Kelantan, dengan majlis pecah tanah pada Mei.

Taman Teknologi Hijau (GTP) itu akan dibangunkan di Pekan, Pahang dan dua lagi di Kota Tinggi, Johor dan Sungai Koyan, Pahang.

Beliau berkata, setiap pusat akan meliputi kira-kira 15 kilang kelapa sawit manakala lokasi lain telah dikenal pasti namun masih belum disahkan.

GTP, digelar sebagai inisiatif pertama dunia untuk menukar sisa kelapa sawit kepada pulpa, apabila siap akan menerima 1.8 juta tan bahan mentah untuk mengeluarkan 400,000 tan pulpa, katanya.

Mengenai pembiayaan, Thiam Huat berkata GTMASB akan membantu mewujudkan sukuk/bon RM200 juta untuk membangunkan empat pusat pengumpulan dan pemprosesan sisa kelapa sawit dan Koop Sahabat akan mengetuai dan bekerjasama dengan pihak lain bagi mendapatkan pendanaan daripada orang ramai untuk melabur dalam SPV itu.

  • Coelho

    Related Posts

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    KUALA LUMPUR, 5 Sept — Zetrix AI Bhd menutup sepenuhnya pelaburannya dalam HeiTech Padu Bhd selepas anak syarikat milik penuhnya melupuskan 27.5 juta saham, bersamaan 16.9% kepentingan dalam syarikat teknologi…

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    KUALA LUMPUR, 4 Sept — Advance Information Marketing Berhad (AIM) mengecilkan rangkaian farmasi runcitnya kepada hanya empat cawangan selepas perniagaan berkenaan terus berdepan kerugian dan tekanan persaingan. Menurut makluman syarikat…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    • September 5, 2026
    Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    • September 4, 2026
    AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    • August 20, 2026
    Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    • August 10, 2026
    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    • August 10, 2026
    HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

    DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

    • August 7, 2026