MAA lantik Mohd Shamsor sebagai Presiden baharu

  • Auto
  • April 7, 2023

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memilih UMW Toyota Motor Sdn Bhd sebagai Presiden MAA dengan Mohd Shamsor dilantik oleh UMW Toyota Motor sebagai Presiden baharu MAA.

Perlantikan Shamsor sebagai Presiden baharu bagi penggal 2023/2024 itu susulan pemergian Allahyarham Datuk Aishah Ahmad pada Februari lalu.

MAA dalam kenyataan berkata, dua bekas Naib Presiden MAA, Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd (diwakili oleh Tan Keng Meng) dan Honda Malaysia Sdn Bhd (diwakili oleh Sarly Adle Sarkum) kembali kepada jawatan masing-masing.

“Sementara itu, Sime Darby Hyundai Sdn Bhd (diwakili oleh Low Yuan Lung turut dilantik sebagai Naib Presiden; dan Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (diwakili oleh Arman Mahadi) dilantik semula sebagai Setiausaha/Bendahari Kehormat,” katanya.

Melengkapkan pasukan kepimpinan bagi penggal 2023/2024 adalah lima ahli majlis yang dilantik semula iaitu Hap Seng Trucks Distribution Sdn Bhd (diwakili oleh Derrick Sim), Isuzu Malaysia Sdn Bhd (diwakili oleh David Nah), Kia Malaysia Sdn Bhd (diwakili oleh Datuk Samson Anand George), Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd (diwakili oleh Hoffen Teh) dan Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (diwakili oleh Say Teck Ming).

Selain itu, Jaguar Land Rover (M) Sdn Bhd (dilantik oleh Syed Muzri Syed Faiz) dilantik sebagai ahli majlis baharu.

Mengulas permulaan kepimpinannya, Mohd Shamsor berkata: “Kami akan meneruskan banyak kerja yang baik dilaksanakan oleh Allahyarham Datuk Aishah, menegakkan hubungan kerja yang mantap bersama pihak berkepentingan utama seperti kementerian-kementerian dan agensi-agensi, selain media.

“Bersama semua ahli MAA, kami akan mengembangkan persatuan ini sehingga kukuh, demi kebaikan industri, masyarakat dan negara. Saya tidak sabar mendapat sokongan kukuh daripada semua ahli MAA dalam pada kami menyumbang kepada pembangunan mantap industri automotif negara.”

  • Coelho

    Related Posts

    • Auto
    • May 28, 2025
    • 105 views
    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

    • Auto
    • October 24, 2024
    • 505 views
    Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

    KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025