Selain dapat “healing”, Aizad pilih Ducati Panigale V4 sebagai hobi

  • Auto
  • April 7, 2023

KUALA LUMPUR: “Seksi dan bergaya”, itu ungkapan sesuai bagi mereka yang meminati sukan permotoran berkuasa tinggi.

Bagi jejaka berbadan kecil Aizad Alias, 30, mengakui selain minat dengan kelajuan, menunggang motosikal berkuasa tinggi dapat memberikan kepuasan dan ketenangan buat dirinya.

“Saya sibuk dengan kerja jadi dengan motosikal inilah bagi saya dapat ‘healing’ dapat tenangkan fikiran dan dapat buang masalah saya. Jadi, bila saya pulas je saya rasa masalah saya hilang dan saya tenang.

“Kalau saya nak ‘healing’ saya selalu menunggang seorang diri, kadangkala saya mengikuti acara bersama kelab Ducati ke Sepang,” katanya.

Menyingkap minat jejaka berasal dari Ipoh, Perak dan tinggal di Kuala Lumpur lebih lima tahun itu, Aizad berkata dia mula meminati motosikal berkuasa tinggi sejak di bangku sekolah rendah dan kini dia memiliki Ducati Panigale V4.

“Kenapa saya memilih hobi ini sebab saya suka kelajuan dan dari kecil saya memang suka Motosikal berkuasa tinggi dan itu adalah idaman saya sejak kecil.

“Saya minat MotoGP dan sering tengok MotoGP. Jadi, dari situ saya minat Ducati dan memilih untuk memiliki Ducati.

“Tetapi sebelum memiliki Ducati Panigale V4, motosikal berkuasa tinggi pertama yang saya miliki ialah Honda CBR100,” tambahnya.

Aizad yang kini berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat kenderaan, tidak menolak bahawa mereka yang menunggang motosikal berkuasa tinggi semestinya berdepan dengan pelbagai risiko keselamatan.

“Dari segi keselamatan, saya tidak kelam kabut ketika menunggang. Perlu peka dengan keadaan jalan raya kalau selamat dan tiada kenderaan lain baru saya akan pecut. Kalau banyak kereta saya hanya bawa perlahan,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Aizad yang gemar berkongsi kandungan video menunggang Ducati Pangale V4 miliknya di sosial media berkata, dia menjadikan Marc Marquez yang merupakan juara dunia enam kali MotoGP sebagai idola dalam sukan permotoran.

“Idola saya dalam MotoGP adalah Marc Marquez. Dia bawa motosikal jenis Honda. Sebelum ini, saya juga pernah miliki motosikal jenis Honda. Kalau tengok Marc Marquez, fizikal dia lebih kurang saya saja kecil. Dia dah jadi juara dunia sebanyak tujuh kali.

“Jadi, saiz fizikal bukanlah ukuran samada seseorang itu layak menunggang motosikal berkuasa tinggi atau tidak,” kongsinya.

Sehingga kini, Aizad berkata dia ada menyertai beberapa acara Ducati anjuran kelab bersama Ducati Malaysia dan menunggang sehingga ke Kuantan bermula dari Kuala Lumpur.

“Saya menunggang dengan kelajuan 300km/j.

“Paling jauh saya menunggang setakat ini adalah sempena Perhimpunan Terbesar Panigale 2023 ke Kuantan dan kedua saya balik kampung di Ipoh, Perak.

“Perasaan saya sangat teruja, saya dapat jumpa ramai orang dengan minat yang sama tetapi latarbelakang berbeza,” katanya.

Pada Februari lalu, lebih 300 pemilik Ducati Panigale telah berkumpul di Perhimpunan Terbesar Panigale 2023 yang dianjurkan oleh Panigale Kingdom.

Perhimpunan itu berlangsung di Zenith Hotel, Kuantan dan dimulakan di Ducati KL dengan turut disertai oleh penunggang ujian MotoGP Ducati, Michele Pio Pirro.

Mengulas lanjut, Aizad berkata bagi individu yang mahu berjinak dengan dengan hobi ini, kos paling rendah adalah RM40 ribu bagi 600cc, namun bagi Ducati kos sekitar RM200 ribu.

“Untuk motosikal berkuasa tinggi ada banyak jenis, kalau untuk permulaan dalam 600cc harga dalam RM40 ribu dah boleh dapat tetapi kalau untuk Ducati seperti ini RM200 ribu. Bagi kos penyelenggaraan pula lebih kurang seperti kos penyelenggaraan kereta,” jelasnya.

  • Coelho

    Related Posts

    • Auto
    • May 28, 2025
    • 157 views
    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

    • Auto
    • October 24, 2024
    • 528 views
    Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

    KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    • June 13, 2025
    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

    • June 13, 2025
    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings