Azam Baki dilantik semula KP SPRM

PUTRAJAYA: Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk tempoh setahun setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pelantikan semula Azam adalah berkuatkuasa Jumaat ini.

“Selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Pelantikan itu adalah untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2023,” katanya.

Azam yang sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan SPRM, mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020.

Beliau menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 18, 2025
    • 302 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    • News
    • April 17, 2025
    • 244 views
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

    • May 23, 2025
    AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

    YTL Corporation Catat Pendapatan Suku Ketiga RM23.15 Bilion, Rancang Perluas Taman Pusat Data Hijau di Johor

    • May 23, 2025
    YTL Corporation Catat Pendapatan Suku Ketiga RM23.15 Bilion, Rancang Perluas Taman Pusat Data Hijau di Johor

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai