KTMB tawar 4.4 juta tiket ETS, KTM Intercity untuk tempoh perjalanan lima bulan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4.4 juta tiket membabitkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi perjalanan selama lima bulan, bermula 1 Julai hingga Disember ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, jualan tiket itu akan bermula pada Isnin ini jam 10 pagi melibatkan 1.8 juta tiket ditiwarkan untuk perkhidmatan ETS, manakala 2,6 juta bagi KTM Intercity.

KTMB, berkata jualan tiket itu dibuka untuk tempoh enam bulan akan datang bagi membolehkan orang ramai merancang perjalanan terutama untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, Deepavali dan Hari Natal.

“Orang ramai juga boleh merancang untuk pulang ke kampung ketika musim cuti sekolah atau bercuti di dalam negara.

“KTMB turut menawarkan dua perkhidmatan ETS tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya bagi perjalanan bermula 26 Mei hingga 5 Jun ini sempena cuti sekolah penggal pertama dan cuti umum.

“Sebanyak 6,930 tiket ditawarkan sepanjang tempoh yang dinyatakan, malah jualan tiket tren tambahan ini juga akan dibuka mulai Isnin ini,” katanya.

Selan itu, KTMB juga akan memperkenalkan tambang promosi maksimum RM10 bagi laluan antara Stesen Sungai Petani ke Stesen Padang Besar.

Pengguna boleh menggunakan kod promosi ETSBERBALOI bagi tren ETS Platinum (KL Sentral-Padang Besar).

Katanya, laluan itu membabitkan EP9272, EP9274, EP9276, EP9278 dan ETSBERBALOIGOLD untuk tren ETS Gold (Gemas – Padang Besar) iaitu EG9420.

“Bagi laluan Gemas KL Sentral Gemas pula, sebanyak 50 peratus diskaun perjalanan ditawarkan dengan menggunakan kod promosi JIMATGEMAS.

“la membabitkan tren ETS EG9321, EG9322, EG9420 dan EG9425, tempoh promosi ini bermula 15 Mei hingga 31 Disember ini, namun tambang promosi hanya boleh dibeli dalam masa 24 jam sebelum tren berlepas melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS), kaunter tiket, kiosk atau di laman sesawang KTMB,” katanya.

Menurut KTMB, promosi yang ditawarkan itu dapat memberikan pilihan kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan kereta api selain menjimatkan kos seharian mereka.

Sementara itu, KTMB memaklumkan ETS kekal menggunakan jadual waktu perjalanan sedia bagi 32 perkhidmatannya setiap hari, begitu juga KTM Intercity dengan 53 perkhidmatan sehari.

Namun, perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (No 26) dan Shuttle Timuran (No 51, 52, 53, 55, 56, 57, 60, 34, 37) akan mengalami perubahan jadual waktu berlepas di stesen.

Bermula 1 Julai ini, waktu berlepas bagi tren bernombor 26 di stesen Kuala Krau adalah pada jam 4.20 pagi; 51-Bertam Baru (8.26 pagi); 52-Dabong (7.08 pagi); 53-Kuala Kerai (8.41 pagi); 55-Wakaf Bharu (10.15 pagi); 55-Temangan (11.32 pagi); 56-Tanah Merah (5.01 petang); 57-Kuala Krai (5.48 petang).

Tren bernombor 57 dari Stesen Dabong pula akan berlepas pada 7.47 malam; 60-Kuala Krai (9.49 malam); 34-Mentakab (12.08 tengah hari) dan 37-Mentakab (6.07 petang).

KTMB, berkata orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang yang lebih rendah dan jimat selain disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau membuat pembelian menerusi laman sesawang KTMB.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    • July 13, 2026
    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    • July 12, 2026
    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    • July 12, 2026
    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    • July 10, 2026
    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    • July 10, 2026
    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    • July 9, 2026
    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras